Tips mengundi - Penting!

Saturday, 23 February 2013

Klik pada gambar untuk besarkan
Ura-ura kata Nanjib nak bubar Parlimen semalam tinggal kenangan. nampaknya Najib masih tak yakin yang dia patut buat PRU-13 dalam masa terdekat ini walaupun mereka melaung seantero Malaysia semua rakyat dah sokong Umno/BN. Nampaknya mereka sendiri tak yakin dengan apa yang mereka laungkan!.

Apapun, sumber terdekat yang aku dapat, PRU-13 akan diadakan dalam pertengahan bulan April. Bagi mereka yang dah pernah mengundi tentu dah tahu apa yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang pertama kali tentu ada sedikit keraguan macam mana nak mengundi.

Aku biasa tengok makcik-makcik tua menggigil setiap kali keluar mengundi. Mereka risau takut tersilap sedangkan tak ada sesiapa nak dakwa mereka jika silap. Berikut aku senaraikan beberapa maklumat penting bagi semua yang nak turun mengundi.


  1. Semak kedudukan mengundi anda. Ini paling penting sekali dan elok buat sekarang juga dengan pergi ke sini. Masukkan nombor I/C anda dan tekan butang 'check'. Jika anda tidak pernah mendaftar, anda telah merugikan diri sendiri. Masih belum terlambat, elok keluar sekarang juga dan pergi ke pejabat pos berhampiran untuk daftarkan diri. Tapi anda akan terlepas peluang mengundi PRU ke 13 nanti.
  2. Pergi mengundi awal. Bila PRU 13 berlansung, segera siapkan diri untuk keluar mengundi, lebih awal lebih bagus. Pastikan anda buat muka serius dan jangan layan teguran sesiapa melainkan daripada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat! Mereka saja yang perlu anda layan dan sokong sehinggalah PR berjaya menguasai Kerajaan Malaysia.
  3. Bila di tempat undi dan mendapatkan kerta smengundi, pastikan tidak ada sebarang tanda tercemar pada kertas undi anda. Pastikan ianya bersih tanpa sebarang tanda. Tanda panmgkah kecil atau tanda hitam bulan kecil pada mana-mana bahagian kertas undi boleh mengakibatkan undi anda menjadi rosak. Jika ada sebarang tanda, protes dan minta tukar kertas undi tersebut dengan yang baru dan bersih.
  4. Anda boleh pangkah 'X' atau buat tanda-tanda lain pada petak lambang Parti kesukaan anda iaitu samada Bulan, Roket atau mata. Ingat jangan ambil peduli pada tanda-tanda parti selain dari itu. Buat muka benci setiap kali anda lihat tanda dacing!.
  5. Anda tentu ada dengar tentang penggunaan dakwat kekal. Ramai yang sangka dakwat kekal ini digunakan untuk memangkah kertas undi. Sebenarnya ia adalah dakwat yang akan dipalitkan pada jari anda bagi menunjukkan anda telah mengundi. jangan dok sibuk minta dakwat untuk pergi pangkah kertas undi pulak.
  6. Ingat!!! jangan sesekali pangkah lambang dacing!!!! anda akan mendapat markah penuh dan diiktiraf sebagai salah seorang penumbang yang menempa sejarah negara Malaysia pada PRU-13 nanti. Anda akan tetap dikenang oleh anak cucu anda nanti!!!
Kalau pembaca ada lagi tips enarik, sila komen di bawah! Baca maklumat lagi di sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License