Siapa dia Pak Din Bomoh?

Sunday 23 September 2012

Saya ada cerita tentang sikap Tuanku Mizan pada seorang bomoh patah yang bernama Pak Din di sini. Dalam cerita tersebut tidak banyak yang didedahkan tentang Pak Din Bomoh. Apa kelebihannya, bagaimana rawatannya dan bagaimana dia mendapatkan ilmu bomohnya itu.

Oleh kerana Pak Din Bomoh berkhidmat tanpa mengenakan bayaran. Maka saya rasa elok juga meninggalkan sedikit khidmat sebagai timbal balas terhadap usaha pertolongan dari Pak Din yang merawat tangan saya tempoh hari.

Pak Din memang tidak mengenakan apa-apa harga tetap pada rawatannya. Walau bagai manapun, jika kita menghadiahkan berapa saja, akan dia ambil tanpa soal bicara. kata Pak Din, kalau dia tak ambil nanti apa pulak kata si pemberi, "mentang-mentang aku bagi sedikit, dia tak amau ambil", jadi untuk mengelakkan rasa tak puas hati, Pak Din terima saja pemberian orang.


Selain dari merawat sakit patah tulang, Pak Dia juga boleh merawat masalah laian seperti, buasir, kayap, darah tinggi dan lain-lain. Malah sebelum dapat ilmu merawat orang patah, dia terlebih dulu merawat penyakit lain sejak zaman mudanya.

Dia mula merawat patah sejak tahun 90-an semenjak ianya diperturunkan dari nenek. Sebelum itu, nenek akan merawat kes patah manakal datuknya merawat kes selain patah seperti buasir, kayap, barah dan lain-lain. Kedua orang tua itu perturunkan kesemua ilmu tersebut pada Pak Din seorang.

Disebabkan saya hanya da pengalaman rawat kes tulang sahaja dengan Pak Din, maka saya hanya boleh ceritakan teknik rawatan tulang yang diamalkan olehnya. Teknik Pak Din memang unik dan di luar kebiasaan yang pernah kita tengok.

Semasa berjumpa Pak Din, saya ceritakan masalah saya, bagaimana boleh timbul masalah dan menunjukkan tempat di mana saya rasa sakit teramat sangat. Pak Din lalu merenung mata saya dan berkata, 'saya tak tahu dan tak boleh nampak apa yang tak kena dengan tangan kamu ni, saya hanya berdoa saja".

Saya terkedu dan membiarkan Pak Din meneruskan kerjanya. Dia memegang-megang jari dan membaca doa pada kawasan jari jemari yang bermasalah itu. Kemudiannya diambil air yang saya bawa sebotol penuh, dibukanya dan dibaca doa pada air itu. Dan semuanya selesai. Pak Din tersandar dan mencucuh sebatang rokok.

Sambil bersandar dia bercerita pengalamannya merawat berbagai jenis orang. Ada sekali seseorang datang mendapatkan khidmat rawatan Pak Din. Orang itu terkejut dan terkebil-kebil memandang pada Pak Din macam tak percaya yang cara Pak Din itu mampu merawat masalah tulangnya yang patah.

Menyedari rasa tak yakin orang itu, Pak Din lalu dengan lemah lembut menyatakan padanya, "Encik, kalau rasa apa yang saya buat ini tidak mendatangkan manafaat dan jika encik tak yakin, janganlah membuang masa. Pergilah cari orang lain untuk merawat masalah encik, saya tak kisah!".

Begitulah Pak Din menghuraikan cara rawatannya yang pelik. Dia tak kisah kalau tak yakin. Dia hanyalah sekadar berdoa mohon pada Allah agar masalah patah pesakit yang datang menemuinya dapat dirawat dengan air yang di doakannya. Itu saja, jika Allah perkenan, maka legalah jika tidak Pak Din tak boleh buat apa-apa.

Habis apa yang buat kerja membetulkan masalah tulang tu? tanya saya pada Pak Din. "Yang buat kerja air itulah!", jawab Pak Din sambil menunjukkan pada botol air yang baru didoakannya. Saya hanya menganguk-anguk kepala. Otak melayang memikirkan macam mana agaknya ia berlaku.

Memandangkan hari itu saya seorang saja yang ada di rumah Pak Din, saya ambil peluang untuk berbual lama dengannya. Saya tanya samada boleh orang belajar ilmu dari Pak Din untuk merawat masalah tulang patah dan lain-lain.

Malang sekali Pak Din kata ia waris turun temurun. Dari Datuk dan neneknya akan turun pula kepada anak cucunya nanti. Anak lelaki Pak Din yang dua orang menolak untuk menerima ilmu rawatan Pak Din. Mereka ikut Pak Din ke Mekah menunaikan haji sebelum ini dan pada masa itulah Pak Din bertanyakan pada anak-anaknya.

Pak Din tak kisah dan nampaknya Pak Din terpaksa menunggu cucu-cucunya untuk diperturunkan ilmu tersebut. Ketika kami bersembang ramai cucunya sedang bergolek di depan TV. Itulah tempat mereka saban hari walaupun rumah ibu bapa mereka berdekatan, mereka lebih selesa duduk di rumah datuk.

Sambil berbual saya lihat banyak keratan akhbar dari berbagai jenis yang membuat liputan kisah Pak Din. Maknannya dia memang dah terkenal cuma saya saja yang belum tahu. Menurut Pak Din, sebelum ini dia sering dijemput ke hospital di serata tempat untuk merawat pesakit yang terlantar di sana. Kini dia sudah tak mampu buat begitu lagi kerana tak larat nak berdiri.

kalau mahukan khidmatnya datanglah saja ke rumah atau datang ambilnya kerumah pesakit, tapi bukan di hospital. kalau di rumah dia boleh duduk melakukan kerja-kerjanya dan tak perlu berdiri. Banyak lagi yang saya tanya pada Pak Din dan tiba waktu untuk pulang.

Saya rasa tak sabar untuk menantikan kesan rawatan Pak Din malam nanti. Apa agaknya yang akan berlaku?. pak Din memesan saya minum segelas air yang di selawat terlebih dulu. Sebahagian dari air itu hendaklah disapukan pada tempat yang mahu dirawat.

Saya boleh juga sapukan pada bahagian lain seperti pinggang jika ada masalah. Air itu juga jika diambil secawan dan dimasukkan ke dalam besen dengan diselawat 3 kali terlebih dulu lalu dicampurkan dengan air bersih hingga penuh boleh digunakan untuk mandi. Ini untuk merawat keseluruhan badan.

Pantangnya pula hanya tiga perkata:

  1. Jangan minum ais atau sebarang benda yang keluar dari peti ais
  2. Jangan sapu minyak apa-apa jenispun pada kawasan yang luar anggota
  3. janganj minum kelapa muda
Saya singgah solat zohor di Masjid Sg Pencala kemudia beredar balik. Hati berdebar-debar menantikan keputusan tangan saya yang kesakitan akibat keretakan tulang. Apakah akan ada perubahan esok atau lusa...? kalau rajin akan saya ceritakan, insyallah!

Kalau nak cuba rawatan Pak Din Bomoh Patah, berikut ,maklumat terperinci:
Zainuddin Bin Buyong,
019-263 7674

131, Jln Penchala Indah 5,
Kg Sungai Penchala, Damansara, KL

Kalau nak berubat dgn Pak Din, bawa air sejuk sebotol. Dia cuma berdoa saja dan pegang anggota kita sikit-sikit. Bayaran ikut suka kita nak kasi, 20, 30, atau lebih dia ambil saja.



Share on :

15 comments:

  1. Assalamualaikum...saya nk tanye...susulan dari rawatan ni...dah sembuh ke tulang sedara sekarang?

    ReplyDelete
  2. Salam admin...bagaimana keadaan tuan skrg

    ReplyDelete
  3. As salam tuan. Boleh sy tau hasil rawatan dan pak din ni. Berkesan ke.

    ReplyDelete
  4. Assalam rawatan boleh ke elokan patah tulang tp sudah dipasang besi atau dibuang mohon ya

    ReplyDelete
  5. Assalam rawatan boleh ke elokan patah tulang tp sudah dipasang besi atau dibuang mohon ya

    ReplyDelete
  6. Saya dah 3 tahun berubat dengan pakdin ..sy slip disk L4L5 tahap 3..sejuk x boleh..ada sampai satu hari saya x boleh bergerak macam lumpuh..berulang alik ker hospital sjmc sbelum ni...skarang alhamdulillahh sy dah sembuh ..sapa sapa yang ada sakit pergilah jumpa pakdin

    ReplyDelete
  7. dye bole ubat buatan orang ke ??

    ReplyDelete
  8. Salam pakdin masih teruskan rawatan yer?

    ReplyDelete
  9. PakDin da Meninggal Dunia,skrg anaknya yg jadi pengganti

    ReplyDelete
  10. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License