Budget 3G, apa faedahnya?

Saturday 29 September 2012

YAB Perdana Menteri umumkan insentif RM300 RM200 pada orang muda berumur antara 21 ke 30 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu untuk pembelian telefon pintar. Berita ini membuatkan ramai anak muda menjadi galak dan bersemangat untuk memiliki sebuah, jika mereka masih belum memilikinya.

Hasil penjualan telefon pintar sudah tentu melonjak naik dengan hebat hasil daripada insentif yang diumumkan. Anak muda tak akan lepaskan peluang untuk menghabiskan duit poket mereka bagi mendapatkan gudget kegilaan seperti itu.

Apa yang dapat dilakukan oleh anak muda dengan memiliki telefon pintar? adakah ia banyak membantu perkembangan karier mereka atau membantu kecekapan mereka melakukan kerja? tidak banyak yang boleh kita senaraikan manafaat daripada gudget telefon pintar selain daripada lebih banyak masa dihabiskan melalui komunikasi secara maya.

Sekarangpun ramai yang kelihatan minum atau berkumpul sekali dalam satu meja, namun tidak ada yang berbual sebab masing-masing sedang asyik tersenyum sumbing melayan twitter, atau FB atau melayari internet. Hubungan sesama kawan semakin suram. Ini belum lagi kita cerita hubungan dengan pasangan suami atau isteri.

Akan ramai lagi yang kawin awal bakal menghadapi masalah rumahtangga bila pasangan masing-masing cekup message rahsia di dalam smart phone. Ada juga terdengar artis yang bercarai kerana si isteri anggap melayan teman FB lebih penting dari melayan suami!

Yang bakal mendapat manafaat paling besar adalah pembuat dan penjual smart phone dan kemungkinan besar Samsung menjadi pilihan. Ipad pula tentu menjadi pilihan mereka yang sedikit berada. Service provider seperti Maxis, Celcom Digi dan lain-lain lebih tersenyum lebar bila ramai anak muda perabih duit bayar bil.

Mungkin kerajaan cuba memangkinkan peratusan online di kalangan rakyat malaysia terutamanya muda mudi bagi menyampaikan maklumat atau lebih tepat lagi propaganda kerajaan. Tapi ia juga dapat di manafaatkan oleh pembangkang yang selama ini mendapat manafaat yang lebih besar berbanding kerajaan daripada meluasnya media sosial atau internet.

Kalau diikutkan peringkat umur, mereka semunya layak mengundi. Jumlah pengundi peringkat umur 21 ke 30 tahun cukup ramai yang mana pilihan mereka mendatangkan kesan yang cukup besar dalam menentukan kemenangan. Daripada bancian mereka kebanyakannya lebih suka PR...apakah Najib sangka mereka akan beralih dengan suapan ini?

Entahlah, biarlah mereka yang muda sahaja menentukan samada pembelian smartphone mendatangkan faedah kepada mereka. Harap ada faedah yang positif. Atau kalau ada pembaca di kalangan muda yang sudi menjernihkan saya yang tua ini akan manafaat berguna daripada insentif tersebut? Sila komen di bawah...
Share on :

5 comments:

  1. sya pernah ucapkan kpd kwn2 sya: "jual byte lebih untung dari jual ubat". cuba wat kira2... 10kb/10sen. kuota packet data untuk 1gb = rm15. 1gb kalau nengok video HD kat internet. alahai lebih balik modal der. berganda2 lg.

    ReplyDelete
  2. Yelah, gajet tu boleh menyebabkan kita boleh dipandang sebagai tidak mengambil perhatian apabila bersama orang lain atau kurang hormat dengan orang yang kita temui.

    Tapi kalau dalam majlis UMNO/BN, mampus pilah kalau kau nak layan gajet tu dari dok dengar puak-puak setan dikenali tu merapu merapik meraban... tentang ketuanan Melayu.

    ReplyDelete
  3. Gadjet...'mendekatkan yg jauh....menjauhkan yg dekat'

    ReplyDelete
  4. Kehendak atau keperluan?? Fikir2kan lah...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License