Apa kata anda, jika Najib begini?

Sunday 30 September 2012

Beberapa orang wartawan telah diperkenan untuk membuat temuramah bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya. Pada hari yang ditetapkan maka pergilah seramai 3 orang wartawan dengan penuh debaran kerana teruja untuk membuat temuramah secara eksklusit tersebut.

Ketika sesi temuramah, Najib menjawab kesemua soalan yang diutarakan dengan penuh keyakinan, mantap dan bersahaja. Nampaknya Najib tahu apa yang diperkatakannya. Ini membuatkan kesemua wartawan berasa selesa dan terbuka melakukan sesi temuramah tersebut.


Ketika dipertengahan sesi temuramah. Najib mohon untuk berhenti sebentar agar dia dapat ke dapur membancuh teh kepada ketiga-tiga wartawan yang nampaknya macam dah kering bibir menemuramahnya. Oleh kerana temuramah dilakukan di rumah najib dan ia bukanlah sesi formal maka terpaksalah Najib melayan wartawan sendiri. Kebetulan Rosmah pula tidak ada di rumah ketika itu, maklumlah sibuk dengan aktiviti kaum wanitanya.

Maka masuklah Najib ke dapur membancuh teh satu teko lalu dibawanya ke depan untuk dihidangkan pada para wartawan. Melihat kesemua itu maka teramat kagumlah para wartawan. Mereka yakin Najib merupakan seorang yang merendah diri dan tahu mana urusan yang boleh digunakan wang kerajaan dan mana urusan tidak boleh.

Demikianlah cerita yang diceritakan pada saya. Dalam perbincangan terhadap cerita tersebut, rakan saya menyimpulkan Najib tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak tahu menghargai masa...? apa pendapat anda?
Share on :

5 comments:

  1. Dia buat la apa ponnn semua nya nmpak bodoh

    ReplyDelete
  2. citer tu mcm tak munasabah la, kalau isteri dia takde pun takkan ler takde pembantu rumah....????

    ReplyDelete
  3. betuah la sangat dia nak buat air, angkat hidang kat tetamu...dia hidup gaya orang besar, takde maknenya nak buat kerja2 camtu..pembantu rumah ada berapa orang?duk rumah besar gajah takde pembantu?citer kat budak tadika boleh la..wasatiyah hanya pada mulut, hakikatnya tak.,,,podah

    kalau tok guru nik aziz, aku percaya dia boleh buat camtu..tak pelik..waalopon dia MB, tapi dia hidup tak gaya mcm MB..mcm orang kampung je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesejnya adalah apa pendapat anda jika Nik Aziz atau najib buat begitu, apakah ianya bagus, buang masa, bersesuaian untuk pemimpin atau apa?

      Delete
    2. sesuai dengan fitrah manusia..

      tak kira tinggi mana pangkat, tak rugi merendah diri...

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License