Parti mana ni?

Monday 1 October 2012

Pilihanraya dah dekat, semua kawasan kena hantar calon untuk bertanding. Hantar pada negeri agar keputusan boleh dibuat. Semua kena hantar 3 nama yang mereka rasa sesuai untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri. Maka berhantaranlah semua yang berkenaan.

Bila senarai nama dipendekkan calon kegemaran kawasan nampaknya tidak diperkenan oleh negeri. Nama orang lain yang tidak disukai kawasan nampaknya menjadi kegemaran. Calon kegemaran kawasan malangnya tidak dikenali oleh majoriti pengundi di kawasan tersebut. Ramai yang tak kenal mamat tu, siapa dia?


Calon favourite semua orang kenal sebab dia turun padang. Dia tak kira samada akan bertanding atau tidak sebab dia buat kerja atas dasar memperjuangkan parti, jika dia buat kerja maka parti lah yang akan mendapat nama. Maka sebab rajinnya dia semua orang kenal, Cina, Melayu, India, Negrito, Cameroon, atau apa saja semua kenal dia.

Maka meloncatlah kawasan tak puas hati. Kenapa negri tak ikut arahan kawasan pulak, kami sepatutnya yang berkuasa meletakkan siapa yang kami mahu. Jentera parti ada dalam tangan kami, kalau pilih juga bahalol tu, kami akan boikot, jentera parti akan lumpuh pada PRU-13 nanti. Ada berani ke...? Ugutan kawasan dengan keras dan sombong.

Begitulah ceritanya. Ini bukan cerita dongeng, ini cerita benar. Ada berlaku dan sedang berlaku. Soalannya di sini, agak-agak korang, mereka itu daripada Parti mana? cubalah teka dan berikan komen anda.
Share on :

5 comments:

  1. Melayu yg bajet Nasserist1 October 2012 at 18:23

    Sama ada Parti yg berlambangkan kati kot, atau Parti yg ada cop keris telanjang kot. Saya pun tak pastilah, pkcik. Parti tu sekarang, tak silap saya dah hampir tiada semangat patriotik yg sejati. Saya just teka je, kahkahkah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha!, ini satu komen yang cukup menarik buat saya...!

      Delete
  2. Bekas Melayu yg bajet Nasserist2 October 2012 at 01:42

    Haha :D. Saya rasa parti lmbg kati tu lah.

    p/s: Saudara Shubhi, saya sebagai bekas 'macai' dan peminat Gamal Abdel nasser, tiba2 rasa nak tinggalkan dunia Nasserism lah. Entahlah, lama saya mengagung2kan Gamal, hati saya rasa tak tenang. Badan rasa panas dan bagai dihimpit2. Entah kenapa? Tiba2, hati saya terbuka nak memperjuangkan fikrah Islam bersama PAS dan Ikhwanul Muslimun. Bahkan, kerja buruh kolar biru yg saya minati spjg saya jadi macai Gamal Nasser, tiba2 tidak menjadi minat saya lagi. Saya tiba2 hilang minat terhadap kerja kolar biru tsbut.

    Mungkin sampai masanya utk saya berubah. Tidak pada nasionalis dan sosialisme (intipati ajaran Nasserist), saya akan perjuangkan Islam agar sejahtera dunia akhirat :D

    ps: Saudara Shubhi, saudara ada tahu byk tak psl Gamal Nasser yg saya tak tahu? Mislanya, dia dgn Ikhwan, dia dgn para ulama, dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar dari kerja kolar biru baca http://www.hidupringkas.com/

      Delete
  3. Pas kawasan puchonggggg kot !!!!!!!!""

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License