10 alasan kenapa aku tak menderma

Saturday 6 October 2012

Menderma atau bersedekah sama saja. Kita perlu keluarkan wang untuk melaksanakannya. Rakyat negara kita kuat berderma. Setiap kali ada penggemis di pasar malam ramai yang menghulurkan wang sehingga penuh bekas penggemis tersebut.

Berlainan pulak jika ada orang yang berkopiah membawa bekas berserta surat akuan rayuan bantuaan bagi membina surau atau masjid atau sekolah anak yatim dan lain-lain seumpamanya. Sambutan agak dingin dan sering kali orang ramai meminggirkan diri.

Kumpulan dari Afganistan (mereka dakwa begitu) pula masih lagi ada berkeliaran di sekitar bandar berhampiran kawasan masjid. Mereka meminta derma atas nama Mujahidin sejak lebih 15 tahun dulu lagi. Nada serta alasan yang sama digunakan sehingga kini.


Taktik mereka lebih aggresif. Tanpa menghormati orang lain yang sedang berbincang atau berbual mereka terus dengan muka tebal menegur, memberi salam dan mula bercakap arab atau inggeris. Biasanya saya akan dengar dengan jelas perkataan Mujahidin Fi Sabilillah...bla bla bla, brother, dll seumpamanya. Selagi kita tak layan selagi itulah dia tak berhenti bercakap dan akhirnya kita hulurkan RM1 dia akan tenung mata kita macam tak percaya, dia mahu lebih lagi.

Saya juga sekarang sedang buat muka tebal tak malu memohon derma untuk menjayakan pemulihan surau serta pusat tahfiz di Tanjung Karang. Sambutannya alhamdulillah ada tapi masih tidak mencukupi. Saya tak akan menyerah kalah sehingga jumlah yang diperlukan mencukupi, insyallah.

Usaha tersebut membuatkan saya terdetik mencari sebab kenapa kita tidak sudi menderma. Apa alasan yang boleh kita bisikkan dalam hati untuk menolak permintaan derma seperti bantuan membina atau memulihkan sekolah atau lain-lainnya. Berikut 10 alasan yang saya jangka akan tercetus keluar dari benak kepala kita:

  1. Ini mungkin satu lagi aktiviti ambil duit orang untuk kepentingan sendiri. maknanya aktiviti pembohong lah tu. Sekarang ni zaman manusia sanggup buat apa saja untuk buat duit. Tabung masjidpun sanggup dipancing demi duit.
  2. Jika ada orang yang nampak bersungguh minta derma, tentu ada komisyen. Kalau aku berikan juga bukannya 100% akan pergi ke bantuan yang diperlukan. Baik tak payah derma.
  3. Ah! derma, derma, derma, tak habis-habis derma. Kalau semuanya aku nak layan habis duit belanja makan aku. Lebih baik tak payah derma terus.
  4. Kenapa orang Islam ni asyik nak minta derma setiap kali nak buat masjid, surau, sekolah tahfiz, pondok, rumah anak yatim, ceramah agama, dan lain-lain. Apa tak reti cari dan jana duit sendiri ke. Aktiviti ini jika dilayan akan menggalakkan lagi orang Islam menjadi lemah kerana asyik meminta tanpa berusaha. Lebih baik tak payah layan.
  5. Aku nak makan pun tak berapa cukup. Duit aku ngam-ngam saja. Jadi aku bukan orang yang sepatutnya menderma. Kalau ada lebihpun bila lagi aku nak simpan. Tak bolehlah aku derma nampaknya.
  6. Nantilah dulu. Bila banyak duit nanti aku akan derma banyak terus sekali gus. Sekarang ni tak payah layan lagi.
  7. Tentu dah ada orang lain yang lebih kaya dah derma dengan jumlah yang banyak. Kalau aku beri sedikit tak berbaloi. Baik jangan berikan lansung.
  8. Ah! pergi mampus. Aku tak mahu ambil tahu! Aku hanya suka berdemo dan tunjuk perasaan bila ada orang guris hati umat Islam. Selain dari itu bukan masalah aku. Dalam bab derma aku yang lebih layak diberikan derma daripada menderma.
  9. Nantilah dulu, aku sibuk ni!
  10. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tak tahu apa yang berlaku.
Walau apapun alasan kita. Kecuali mereka yang berada dalam situasi no 10 di atas, kita sebenarnya sedang mendapat ujian daripada Allah. Setakat mana keyakinan kita pada Tuhan bila diberikan ujian mendermakan sedikit daripada apa yang kita ada. Ini juga ujian bagaimana sikap kita dengan manusia lain. ini juga ujian setakat mana tahap keikhlasan kita.

Ringkasnya kita gagal jika menolak dan kita berjaya jika memberi. Asalkan semua itu dilakukan untuk mencari ridha Allah, sedikitpun tidak akan rugi. Samada orang yang meminta itu pembohong atau tidak itu adalah urusan dia dengan Tuhan selagi kita tidak mengetahuinya dengan benar. Tambahan pulak tidak ada syarat bahawa derma itu mesti banyak. Wallahu'alam.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License