Masalah Tulang? - Jumpa pakar tulang tradisional Cina

Monday 19 November 2012

Lorong 1, Kg Ungku Mohsin, Johor Bahru, Johor.

Ini alamat paling mudah untuk berjumpa Pakar Tulang Tradisional berbangsa Cina. Dari kecil sehingga besar kini, kami sekeluarga masih setia berkunjung ke sana jika terdapat kecederaan tulang; terseliuh, terpatah atau sebagainya.

Saya sempat bertanyakan Sifu Cina tersebut, sudah tua tapi masih berbadan sasa seperti pelakon kungfu cina, manis dengan senyuman, dan memang hebat, dia mengatakan bahawa rumahnya sendiri yang dijadikan pusat tumpuan telah beroperasi sejak 1963.


Kini, anak-anaknya juga membantu dan mempunyai bakat yang sama, tetapi bapanya tetap menjadi pilihan kami sekeluarga. Rasa-rasanya, pakar tersebut terkenal di seluruh Johor especially di kalangan orang cina.

Malah ramai juga pengunjung dari negeri lain yang mencuba rawatan di sana. Bukan sahaja cina, malah Melayu, India dan juga warga asing dari Indonesia dan Singapura juga mendapatkan rawatan di sana.

Harga rawatan juga tidak mahal. Jika mendapatkan rawatan membetulkan keadaan tulang sahaja, harganya sekitar RM15. Manakala jika ditampal dengan ubat-ubatan herba cina, harganya sekitar RM20-25. Dan rawatannya selalunya memuaskan.

Percaya atau tidak, Uncle tersebut boleh mengesan kedudukan tulang yang tidak stabil dalam badan hanya dengan memegang kawasan tersebut yang sakit, dan memberitahu pesakit sambil sempat mengusik. Dan cara yang dilakukan dengan menarik kawasan tersebut dengan kuat, sekaligus membetulkan keadaan tulang yang tidak tepat.

Oh ye..paling hebat... rawatan itu diadakan di hadapan orang ramai yang menunggu giliran untuk rawatan mereka. Terdapat juga pesakit yang boleh meminta special request untuk mendapatkan rawatan di dalam bilik (contohnya Muslimah yang menjaga aurat).

Ini bukan promosi, tapi sekadar berkongsi, kerana rasa-rasanya Uncle tersebut tidak pernah langsung promosi di alam maya, dan kemahirannya sangat diakui. Jika anda ingin mendapatkan rawatan, sila ambil nombor giliran dengan cepat kerana kebiasaannya jam 8 pagi, angka giliran sudah mencecah angka 30 dan terpaksa menunggu lama.

Usaha dalam menjaga kesihatan dibolehkan di mana-mana sahaja selagi mana tidak melanggar hukum syara'. Boleh lihat gambar-gambar di bawah, ada pesakit India, Cina, dan Melayu. Gambar diambil dari jauh kerana tidak mendapat kebenaran pesakit, hehe..maaf ye..



Sumber
Share on :

17 comments:

  1. Salam semua...

    Apasal jauh sangat.... dah la aku ni miskin...

    ReplyDelete
  2. Hari ahad dia buka di tebrau. Ada alamat penuh tak?

    ReplyDelete
  3. Tempat ni still beroperasi lg ke ?

    ReplyDelete
  4. Assyifa, yup, tmpt tu still beroperasi, semalam 27.09.2017, i drive all way frm kl to jb, assist my hsbd buat rawatan dgn sifu tu.

    ReplyDelete
  5. Kadar byrn ikut rawatan yg diberi, disamping urutan ada juga yg diberi ubatan herba. Tp hsbd i masa tu buat urutan je charges less than 80.

    ReplyDelete
  6. Kalau masalah urat kaki... Boleh jumpa dia ker?

    ReplyDelete
  7. Sekarg ni masih beroperasi ke

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Masih beroperasi lagi tuan..boleh tgk fb page pakar tulang ungku mohsin..

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License