Mampukah PR perintah Malaysia - Soalan A Kadir Jasin

Tuesday 25 September 2012

Semua orang tahu A Kadir Jasin peminat Tun Mahathir. Beliau juga penyokong kuat Umno/BN. Dalam masa yang sama beliau adalah tokoh kewartawanan negara yang baru mendapat anugerah baru-baru ini. "Sokong Umno/BN dan amat meminati Tun Mahathir" adalah ciri-ciri utama A Kadir Jasin. Sebab itu beliau turut sama menghentam polisi Pak Lah ketika orang tua Kepala batas itu menjadi PM.

A Kadir Jasin tahu dan kenal banyak perkara. Itu perkara biasa sebagai seorang wartawan. Oleh kerana dia seorang yang mesra Umno/BN maka tidak hairan dia kenal dengan mendalam peel pemimpin Umno/BN. Bila dia kata Anwar Ibrahim masih kekal gaya hidup berpolitik sekarang sama dengan ketika menjadi anak emas Umno dulu mungkin ada kebenarannya.


Walau apapun soalan berikut agak menarik untuk kita renung dan jawab samada PR mampu membentuk kerajaan yang kuat jika mereka memerintah selepas PRU-13 nanti. Berikut soalan dari A Kadir Jasin:

  1. Adakah DAP, sebagai parti induk PR kerana mempunyai bilangan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat, sanggup menerima dasar Negara Islam dan Hukum Hudud Pas?
  2. Adakah PAS sanggup, secara sahih menggugurkan idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud demi memenuhi kehendak DAP dan PKR?
  3. Adakah PKR yang berdiri di tengah-tengah antara DAP dan PAS cukup berpengaruh untuk memujuk Karpal Singh supaya menerima Negara Islam atau mempengaruhi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menggugurkan janji Negara Islam dan Hudud?
  4. Siapakah antara Nik Abdul Aziz dan Karpal yang lebih arif dan pintar mengenai Perlembagaan dan undang-undang kerana apa yang diidamkan oleh PAS dan ditentang oleh DAP itu membabitkan Perlembagaan?
  5. Adakah Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang? dan;
  6. Apakah dasar ekonomi yang akan PR laksanakan?
Semua soalan tersebut adalah soalan orang yang tak yakin PR mampu memerintah negara. Ia juga merupakan soalan orang yang terlalu ideal dan mengharapkan zero kesalahan daripada pemerintah seolah-olah setiap bayi yang baru lahir perlu terus pandai berlari, bekerja dan mencari makan sendiri pada hari pertama.
Share on :

5 comments:

  1. jangan lah mengandaikan sesuatu yang negatif sebelum keadaan berlaku. sokong lah kepada mereka yang boleh disandarkan harapan daripada mereka yang sudah kaduk naik junjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!, jika orang yang korup mampu menjalankan pemerintahan, apatah lagi mereka yang bersih dan punyai iltizam untuk memberikan yang terbaik!

      Delete
  2. This means that if Pakatan Rakyat wins the 13th General Election and forms the Federal Government in Putrajaya, for the next five years from 2012/2013 to 2017/8, the implementation of hudud will not be part of the Pakatan Rakyat Federal Government policy or programme unless all the three PR parties can reach a consensus on it. This position is very clear, simple and straightforward.

    Firstly, the number of Muslim MPs, as it stands, still falls short of the two-thirds majority required to amend the constitution.

    After the 2008 GE, for Peninsular Malayhsia, there were 107 Muslim MPs, i.e. 65 MPs from BN and 42 MPs – a far cry from the two-thirds majority of 148 MPs required to amend the constitution.
    (petikan dari blog Lim Kit Siang @ 20.9.2012)

    Pertanyaan saya. Adakah orang2 Pas ada baca posting ini. Mungkin ada baca tapi tak faham kerana dalam bahasa orang putih.

    Saya nak bagi tahu kepada orang Pas. Lim Kit Siang bukan tak sokong nak laksana Hudud tapi dia kata MP islam tak cukup 2/3 macam mana nak buat Hudud.

    Saya nak tambah lagi. Lim Kit Siang secara simbolik nak bagi tahu kepada orang Pas, dia tak dapat nak undi sokong Hudud kerana dia belum jadi islam lagi. Maksud dia kalau nak buat juga Hudud kena lah tunggu dia masuk islam dulu. Faham ....

    Cakap nak buat Hudud jangan lah ikut sedap mulut saja. Tak habis2 duk bohong orang2 melayu kampong kata, " Umno tolak Hudud, Umno tolak hukum Allah ". Puak2 melayu kampong yang tak berapa cerdik perlembagaan pun percaya habis, pastu mereka pula duk jaja rata surau dan mesjid kata, " kita wajib tolak Umno kerana Umno menolak hukum Allah ".

    Dah faham kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi apa jalan penyelesaian yang tokgaru cadangkan?

      Delete
  3. Try bomoh tok keramat +60174334165

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License