MIC pula dilanda ribut!!!

Friday, 22 February 2013

Strategi Umno guna orang luar untuk lempar batu nampaknya tak menjadi. Kononnya nak jadi orang baik Umno outsourced kerja bakar sentimen bangsa Melayu dan agama Islam kepada kumpulan seperti Perkasa dan Jati.

Tak cukup dengan itu mereka guna pula individu perseorangan untuk terus tuang minyak bakar sentimen yang sama. Walaupun kita boleh agak tujuan mereka lebih kepada untuk menyerang Pakatan Rakyat yang multiracial dan lebih mengamalkan konsep 1 Malaysia berbanding Umno BN.


Tetapi malangnya kawan-kawan mereka sendiri yang tersepit oleh sikap mereka yang cakap tak serupa bikin. Konsep 1 Malaysia lebih merupakan retorik yang tidak walk the talk. Depan lain belakang lain, cakap lain buat lain.

Kali ini nampaknya geng-geng India dari MIC dah tak tahan. Anak Samy Vellu yang mewakili pemuda India di MIC dah bagi kata dua pada bossnya Palanivel. Samada kenakan tindakan pada Redhuan Tee dan Brahim Ali atau mereka akan bertindak menentang Barisan nasional!!!.

Patutlah Najib tak berani lagi bubar Parlimen sampai sekarang. masih tunggu lagi walaupun masa kini berada di dalam kecederaan. Mungkin Najib nak biarkan masa dia duduk kat atas lama sedikit kerana sudah terasa saat kejatuhan Umno?BN yang bongkak dan sombong tu dah hampir.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License