Harap kita tak berperang di Sabah!!!

Friday, 22 February 2013

Tempoh masa sampai hari jumaat untuk Jamalul Kiram, Sultan Sulu yang naik bersama tenteranya untuk merampas semula Sabah dari Kerajaan Malaysia telahpun tamat. Kerajaan malaysia bagi masa sampai hari jumaat iaitu hari ini.

Tapi Sultan Sulu tak mahu berganjak daripada tuntutannya manakala Presiden Filipina pula mohon agar Kerjaan Malasyia lanjutkan tempoh dan cuba selesaikan secara aman.

Dengar kata Kerajaan mungkin akan bincang untuk tambahkan elaun atau kadar sewa negeri Sabah kepada Sultan Sulu. Itu yang aku dengar laporan dari Filipina tulis. Dan kata mereka lagi, fakta bahwa Kerajaan Malaysia bayar sewa pada sultan sulu sahaja sudah membuktikan bahawa Sabah adalah kepunyaan mereka!



Kalau semua tak selesai dan Malaysia declare war dengan kesultanan sulu, alamat MNLF akan turut sama berperang. Ini disebabkan Nor Misuari merupakan kerabat kesultanan sulu dan dia akan kerahkan tenteranya ke Sabah untuk melancarkan perang gerilla!.

Ini merupakan cabaran sebenar terhadap Najib dan Zahid Hamidi untuk menunjukkan kehebatan mereka!. Aku takut semuanya hanyalah wayang kerana mereka dah dapat rasa Sabah tak mau dah pada BN?.

Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License