Lagi kes Fadzilah Kamsah - Apa komen KP Pas?

Wednesday 20 February 2013

Banyak orang komen tentang pemuda Pas khasnya kepada Ketuanya. Antara perkara tak gemor aku mendengarnya adalah ejekan yang berbunyi, " Nasrudin Hassan Tantawi, a man with no plan...". Aduh menikam rasanya ayat tersebut!.

Kalau nak tengok komen Umno/Bn pada KP Pas ni tak payah nak cakaplah, dah namapun musuh, orang bagus hebat macam Tok Guru Nik Aziz pun dia orang hentam, kutuk, hina macam nakl gila. Sampai yang jadi gilannya bukan Tok Guru, tapi mereka sendiri!.

Aku agak setuju gak dengan ayat 'a leader with no plan'. Mungkin sebab aku dah tua dan tak ada akses untuk maklumat perancangan Pemuda pas ni. Akses yang aku ada hanyalah setakat perancangan mereka nak terbalikkan golongan berfikrah tidak jelas yang bermaharajalela dalam parti tersebut (depa kata).


Tolak kesemua itu, kali ini aku nak ucap tahniah pada Nasrudin Hassan Tantawi sebab belas kesian pada Fadzilah Kamsah. Beliau nasihatkan agar semua orang jangan serang motivator tu sampai merawet pada anak bini keluarganya. jangan aibkan pada mereka yang tak setuju dengan Pas. Takkan sampai macam tu aibkan orang.. Baca kenyataannya:

Hujjah vs Hujjah

Penegasan saya buat kesekian kalinya, khas saya hulurkan kepada semua rakan - rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujjah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya. Kekalkan rentak menentang penyelewengan , penipuan dan fitnah lawan atau mana - mana pihak dengan hujjah yang berasaskan nas, fakta dan figure.

Saya kesal apa yang dilakukan ke atas Motivator Dato' Fadhilah Kamsah. Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa. itu bukan akhlak kita berjuang.

Pesanan ikhlas dari Ketua Pemuda PAS Malaysia,
Ustaz Nasrudin Hassan.

cc; Ustaz Nik Mohamad AbduhDr Raja Iskandar Al-HissKhairul Faizi Ahmad Kamil
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License