MB Kedah sembur pemberontak !

Thursday 21 February 2013

TERKINI :
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.
"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen. Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai,"
Katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan exco negeri di Istana Anak Bukit Bukit di Alor Setar, hari ini.


Beliau mengulas desakan kakitangan Kuin yang kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan Kuin, Azizan berkata ia tidak perlu.
"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la,"
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License