Fadzilah Kamsah diaibkan! - Kesian!

Sunday 17 February 2013

Fadzilah Kamsah punya ayat popular bila beri nasihat berjelanya pada kaum ibubapa dalam hal mendidik anak-anak adalah:
"Pak borek, anak rintik"
Peribahasa ini bukan saja terpakai pada orang ramai tertentu saja, tapi termasuklah pada dia juga sendiri. Macam mana kelaku anak-anaknya, begitulah juga kelaku mak bapaknya.

Tapi aku rasa benda ni terpakai pada anak-anak yang belum akil baligh atau dalam zaman moden kita ini mungkin boleh dilanjutkan lagi sebab anak-anak zaman kita terlalu manja. Aku tengok ramai anak-anak dah berbulu serata tempat masih dilayan macam budak tadika di negara kita.


Bila anak-anak dah besar panjang dan belah keluar dari bumbung rumah mak bapak dia, susah nak kawal. Apa yang mereka buat mereka sendirilah tanggung walaupun mak bapak masih perlu menasihati. Kalau nak salahkan mak bapak jika anaknya sesat, kita kena fikirkan dulu kes anak Nabi Nuh Alaihissalam.

Dalam kes Fadzilah Kamsah, aku rasa kesian la pulak dengan orang tua tu. Kena serang teruk dengan pendedahan peribadinya angkara dia sengaja cari pasal beri hukuman pada Pas.

Bagi aku orang Pas tak sepatutnya serang dia sampai pi dedahkan hal keluarganya yang tentu mengaibkan dan memalukan. Aku tak nampak kepentingan berbuat begitu pada orang tua motivator tu.

Aku pernah dengar pesan Haji Hadi:
" Kalau pemimpin tu buat sesuatu yang melibatkan kepentingan dan mendatangkan keburukan pada rakyat kita boleh dedahkan, tapi tidak boleh dedahkan keburukan pemimpin yang peribadi tak ada kena mengena dengan rakyat,. Itu eloknya nasihatlah secara peribadi kat dia sorang dan bukannya dipasar awam"
Oleh kerana aku tak setuju pendedahan dan paparan gambar jelek anak-anak Fadzilah Kamsah pada awam sehingga mengaibkannya, maka aku tentang usaha tersebut dan membencinya.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License