The Economist ramal BN menang PRU13 - Kena bayar?

Thursday, 21 February 2013

Bernama melaporkan The economist Intelligence unit meramalkan yang BN akan menang dalam PRU 13 nanti berdasarkan rekod cemerlang BN selama memerintah.

Mereka letakkan kehebatan BN dalam menunaikan segala janji berbanding Pakatan Rakyat yang membuat berbagi janji yang sukar untuk dipenuhi. Mereka juga berpendapat janji-janji PR seperti pelajaran percuma, dan permansuhan cukai kereta tidak boleh dilaksanakan.

Banyak lagi yang mereka kondem. Aku tengok semua ayat yang digunakan adalah ayat-ayat Umno/BN saling tak tumpah. Apa lagi yang boleh aku katakan mereka sebenarnya telah kena beli untuk bubuh report macam tu.

Kalau tak kena belipun mereka sebenarnya tak faham politik bangang tak matang negara kita yang tidak membandingkan performance sebaliknya siapa kuat bohong kuat rasuah akan berjaya bodohkan rakyat. Mereka tak faham cara pemikiran orang kita masih tahap feudal.

Tapi sekarang ramai dah sedar dan bukan sebab BN punya perfomance buat pembangunan yang kita pandang, tapi kehebatan mereka ambil faedah masuk poket dalam setiap projek yang dilaksankan itu yang memualkan semua rakyat!

sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License