Pengakuan blogger PR dibayar RM3,000!

Tuesday, 19 February 2013

Mula-mula sekali blogger PR tuduh dan buktikan bahawa blogger pencacai Umno dibayar mewah. Aku percaya sebab siap dengan bukti transaksi duit. Aku percaya juga sebab aku kenal Umno memang macam tu, no money no talk!.

Kemudian blogger pencacai Umno pula tuduh blogger pembela PR dibayar. Aku tak percaya sebab tak ada bukti transaksi duit. Aku tak percaya juga sebab sepanjang aku sokong pembangkang dari remaja samapi aku tua beruban, aku hanya pernah keluarkan duit bagi pada parti. Tak pernah terjadi parti bagi duit kat aku samada secara resmi atau tidak resmi.

Aku kenal ramai, terlalu ramai kawan-kawan terutamanya dari kalangan pembela bulan mengambang penuh di langit hijau yang sejak dari ada duit sampai habis semua duit tak pernah dapat duit daripada parti yang mereka julang. Malah ada yang terpaksa menyorok setelah habis duit dari melibatkan diri dengan parti takut-takut diminta lagi duit.


Tidak kurang juga yang menyumpah seranah marah pasal kena buat kerja tanpa dihulurkan duit. Namun sokong tetap sokong sekadar yang termampu dengan cara lain yang tak memerlukan duit. Aku kenal mereka semua dan aku respect dengan prinsip mereka walaupun aku memang tak setuju perangai parti yang tak melihat kebajikan ekonomi para jentera mereka.

Salam seorang blogger yang dituduh dibayar oleh PR adalah blogger top Anak Sungai Derhaka. Dia mengaku telah dibayar selama bertahun-tahun sehingga jumlah yang dia dapat adalah RM108 ribu!!!. Cumanya dia terlupa dari siapa sepatutnya dia claim...aku jawab sendiri mau claim sama diri sendiri. Tugas blogger PR hanya menyumbang sehingga mati, jangan tanya pasal bayaran kerana perjuangan tidak memerlukan wang (pigidah !). pergi klik kat link atas untuk dengar pengakuan ASD

Aku pulak baru buat blog ni dan memang aku dibayar....bapak aku yang bayar da!!!!....
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License