Aku benci Ahli Majlis macam ni!

Monday, 18 February 2013

PRU-13 dah dekat, ramai yang berebut nak jadi calon bagi parti masing-masing. Tak kira samada dari PR atau BN masing-masing dah nampak mula berebut.

Dalam kes BN, memang depa ni jenis berebut gila kuasa dari dulu. Dan untuk dapatkan kuasa kena jadi calon dalam apa-apa saja pemilihan. Yang paling dikehendaki adalah dalam PRU dan kalau terlantik ada peluang dapat jawatan.

Bila ada jawatan, ada kuasa, ada banyak peluang. Banyak boleh buat duit, dapat betina, bela gundik, bela gigolo, bela anjibg kucing buat rumah makan kedarah besar buat banglo besaq dan lain-lain lagi. Bila aku sebut bab ni aku rasa geram nak marah.

Dalam kes PR pulak, aku dah nampak ada kecenderungan segelintir mereka yang dah jadi macam Umno/Bn dulu. Mungkin mereka tak biasa buat maksiat seperti tempa jalang, mabuk, bela gundik atau seumpamanya, tapi untuk mengelakkan diri daripada buat duit semata-mata atas dasar untuk dit itu saja ramai yang tak dapat tahan.


Kalau duit banyak, dan tak suka betina, orang kuat agama pun tetap reti belanja. Depa tak cari jalang tapi pakai kereta mewah, beli banglo mewah dan lain-lain. Itu semua orang suka. Bila kereta mewah dan ada banglo, orang puji. Itu semua orang suka samada Umno atau Pas.

Akey! aku dah mula merepek meraban. Kembali kepada topik asal semula. Kenapa aku tolak Umno/BN sebab aku tak yakin satu perkara mudah untuk tukarkan budaya songsang dalam sesebuah organisasi. Cara mudah adalah buat organisasi lain dan buang yang lama dan bina budaya baru...ringkasnya sebab itulah aku sokong Pakatan Rakyat!!!.

Jadi bila aku tahu ada pemimpin dari PR yang perangai dia macam sial!, tentu aku akan berikan nasihat pada mereka agar buang saja orang macam tu. Depa dah kena penyakit yang ada pada Umno/BN. Cantas penyakit macam tu sebelum ianya merebak.

Ini ceritanya tentang seorang ahli majlis di salam sebuah majlis besar di Selangor yang buat extension rumah berlebih-lebihan langgra habis perenggan orang dan segala laporan terhadap isu itu dibakul sampahkan sebab dia seorang ahli majlis daripada PR. Kalau nak kenakan tindakan undang-undang pada kesalahan, kenakan saja pada orang biasa macam aku atau pada orang Umno/BN.

Perangai macam ni aku marah dan aku sengaja ambil gambar rumah dia untuk dedahkan pada semua. Sebab utamanya dia kini nampak macam dicalonkan pula untuk bertanding kerusi DUN. Aku benci dan marah kalau sebuah parti yang aku sokong cakap tak serupa bikin.
Langgar habis perenggan orang

Buat dua tingkat


Semua dilakukan tanpa membuat permohonan dan jika mohonpun tak akan lulus dan orang yang sama jadi ahli majlis yang kerjanya menguatkuasakan peraturan tersebut yang dilanggarnya...apake sial!
MB Selangor!!! sila ambil perhatian. PR! sila kesan orang macam ni dan jangan benarkan dia jadi caon atau pegang apa saja jawatan!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License