Jundub bin Junadah (Abu Zar) berkata,
"Saya bertanya, "Wahai utusan Allah, amalan yang mana lebih banyak kebaikannya?"
Nabi Muhammad menjawab, "Beriman kepada Allah dan berjihad bagi mempertahankan agama Allah".
Saya bertanya lagi, "Orang suruhan yang bagaimana yang lebih baik dimerdekakan?"
Jawab beliau, "Yang dipandang elok oleh tuannya serta yang mahal sekali harganya."
Saya bertanya lagi, "Sekiranya saya tidak berupaya melakukan kedua-duanya, sana ada berjihad mempertahankan agama Allahpun memerdekakan orang suruhan yang paling mahal harganya, apa pula yang dapat saya buat?"
Beliau menjawab, "Hulurkanlah bantuan kepada seseorang pekerja ataupun ambil alih kerja orang yang kurang mahir melakukannya."
Saya bertanya lagi, "Tetapi bukankah tuan tahu berkenaan kelemahan saya dalam kerja-kerja tertentu?"
Jawabnya, "Jagalah keburukan diri kamu supaya tidak terkena kepada orang lain. Ia adalah sedekah daripada kamu untuk dirimu sendiri.".
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Pada bahagian terakhir nampak terang jika anada lemah sebagai pemimpin contohnya, elok letak jawatan agar keburukan dari kelemahan andatersebut tidak memberikan bencana kepada orang lain. Ia adalah satu sedekah yang berharga yang kebaikannya adalah untuk anda sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment