TV3 serang Tian Chua teruk sungguh...betoi ke?

Wednesday, 6 March 2013

Tian Chua dah jadi musuh negara kalau dilihat dari jumlah masa ke udara dalam berita TV3/4 tadi. Liputan seluruh negara yang bangkit membantah Tian Chua kurang sedikit saja daripada liputan kes serangan Lahad Datu!!!. Begitu hebat Tian Chua.

Dalam dok serang Tian Chua, mereka tak lupa sebut kuat-kuat, Naib Presiden PKR. Maknanya secara direct mereka guna isu Lahad Datu untuk kempen jatuhkan parti lawan yang sedang mereka gerun.

Tetiba, masuk pulak macai mana aku tak kenal, terus belasah Pas. Dia persalahkan Pas bersekongkol dengan DAP dan PKR sehingga membuatkan Tian Chua mengeluarkan (kononnya) apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu lakonan BN.

Ini apa yang Tian Chua sebut sebaik saja tercetusnya pertempuran di Lahad Datu: https://twitter.com/tianchua/status/307352813426597888
Tian Chua suspek ini satu lagi drama macam kes Al-Maunah. Bagi Tian Chua may be...just may be semua ini adalah lakonan perang yang tak wujud.


Tian Chua kemudiannya menafikan dia bermaksud peristiwa kematian komando dan lainnya adalah satu lakonan. Ia bermaksud bahawa kerajaan mengekploitasikan kesem,ua otu demi kepentingan politik mereka yang sempit dan tersepit.

Aku faham apa yang Tian Chua maksudkan. Tak kan dia sebodo itu untuk menafikan kematian prajurit kita yang berkerja untuk negara. Samada mereka kena pekena atau tidak olehj pihak tertentu, mereka innocent and ikhlas dalam urusan kerja mereka...jangan kita perlekehkan mereka.

Bila aku tengok TV3/4 tadi aku yakin mereka lebih jahat dan memang ikhlas dan jujur dengan niat jahat mereka menimbulkan kebencian pada parti lawan...tapi memandangkan semua kita dah tahu itu memang kerja musuh, apalah yang nak di marahkan.

Yang pastinya sebagai pemimpin mana-mana pihakpun, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar le...!

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License