Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina (berkemungkinan ramai yang punyai IC) di Lahad Datu:
Laporan dipetik dari Bernama yang kini menjadi lidah BN secara tegar. Tapi kronologi di atas memberikan fakta apa yang berlaku secara ringkas.
Kita lihat penyataan hero senario (Hishammuddin) di atas dengan yakin kumpulan yang datang bukannya pengganas. Bagi hero senario tersebut, mereka yang bersenjata, berkumpulan, menerobos masuk negara secara tidak sah sebagai TIDAK MERBAHAYA???
Tapi ahli parlimen australia yang masuk ke Malaysia secara sah, tanpa senjata, dihalau terus dengan tegas balik ke negara mereka kerana dianggap merbahaya???? Apa punya jenis akai mereka ini, aku langsung tak faham.
Memang betoi semua kematian, tembak menembak adalah real, tak ada orang gila yang akan berlakon kena tyembak terus mati dan dikebumikan, tak ada faedahnya buat kerja gila berlakon begitu. Jadi aku yakin mati memang betoi dan kalau itu lakonan, aku tak tau nak kata apa...tabik!
Tapi takut-takut pertunjukkan sarkas yang dirancang dengan teliti bagi menghiburkan para penonton bertukar menjadi trajedi bila skrip atau prasarana tersasar atau apa-apa saja kesilapan boleh berlaku, maklumlah pertunjukkan sarkar dalam keadaan biasapun tetap bahaya.
- 12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
- 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ''Raja Sulu'' dari selatan Filipina.
- 14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.
- 16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ''Kesultanan Sulu'' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
- 18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
- 24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.
- 26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu. 28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
- 1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
- 2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.
- 3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.
- 4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.
- 4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.
- 4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.
- 5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.
- 5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
- 5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.
- 5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.
- 5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu. 5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.
Laporan dipetik dari Bernama yang kini menjadi lidah BN secara tegar. Tapi kronologi di atas memberikan fakta apa yang berlaku secara ringkas.
Kita lihat penyataan hero senario (Hishammuddin) di atas dengan yakin kumpulan yang datang bukannya pengganas. Bagi hero senario tersebut, mereka yang bersenjata, berkumpulan, menerobos masuk negara secara tidak sah sebagai TIDAK MERBAHAYA???
Tapi ahli parlimen australia yang masuk ke Malaysia secara sah, tanpa senjata, dihalau terus dengan tegas balik ke negara mereka kerana dianggap merbahaya???? Apa punya jenis akai mereka ini, aku langsung tak faham.
Memang betoi semua kematian, tembak menembak adalah real, tak ada orang gila yang akan berlakon kena tyembak terus mati dan dikebumikan, tak ada faedahnya buat kerja gila berlakon begitu. Jadi aku yakin mati memang betoi dan kalau itu lakonan, aku tak tau nak kata apa...tabik!
Tapi takut-takut pertunjukkan sarkas yang dirancang dengan teliti bagi menghiburkan para penonton bertukar menjadi trajedi bila skrip atau prasarana tersasar atau apa-apa saja kesilapan boleh berlaku, maklumlah pertunjukkan sarkar dalam keadaan biasapun tetap bahaya.
No comments:
Post a Comment