Pencacai Umno Penang tunjuk samseng ugut LGE

Saturday 9 March 2013

Pencacai UMNO cuba pecahkan pintu kaca di Komtar tersebar..

Keadaan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang, Komtar kecoh seketika semalam apabila kira-kira 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba merempuh masuk untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kekecohan itu bermula apabila kumpulan NGO itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada memasuki lobi pejabat di tingkat tiga dan beberapa orang cuba memecahkan pintu kaca di situ ~



Berita Harian Berita Harian juga melaporkan lagi antara NGO yang terlibat ialah:

  1. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)
  2. Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia (Al-Ehsan)
  3. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri (GPMS)
  4. Jaringan Muslimim Pulau Pinang (JMPP)
  5. Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)
  6. Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta).
Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata perhimpunan berkenaan bertujuan untuk membantah Lim yang dianggap biadap dan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam.

Lim yang juga setiausaha agung DAP terus dikecam kerana membangkitkan isu kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan dan kurang senang dalam kalangan umat Islam di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.

Yang peliknya kenapa Lim Guan Eng dikecam sedangkan yang membenarkan penggunakan nama Allah itu ialah Pemimpin UMNO sendiri?

Nampak sangat mereka samada:

  • Dungu, atau
  • Barua Umno


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License