Kalu dua pencuri bersekongkol curi satu barang, selepas berjaya lalu mereka bergaduh berebut sapa punya, itu perkara biasa. Sebab keduanya pencuri, biasa buat kerja tak baik masing-masing nak kata benda curi tu dia punya.
Dalam pergaduhan sebegitu, satu perkara yang cukup jelas adalah, barang direbutkan tersebut adalah tetap barang curi. Diambil tanpa hak.
Dalam kes Saiful dan bapaknya, bersekongkol buat fitnah pada Anwar lalu Saiful masih bertegas nak kata memang Anwar menyontot jubuqnya sebab masih nak bolot ganjaran dari Umno untuk fitnah Anwar. Yang terang dan jelas adalah, kes sontot tersebut kesemuanya palsu dan bapak Saiful berada dipihak yang terkeluar dan tewas dengan kegilaan anaknya.
Tapi jangan risau wahaib bapak Saiful kerana kamu buat perkara betul. Biarlah kalah asalkan kalah untuk kembali menjadi seorang yang benar dan bertaubat.
Petikan dari Antarapos
Dalam pergaduhan sebegitu, satu perkara yang cukup jelas adalah, barang direbutkan tersebut adalah tetap barang curi. Diambil tanpa hak.
Dalam kes Saiful dan bapaknya, bersekongkol buat fitnah pada Anwar lalu Saiful masih bertegas nak kata memang Anwar menyontot jubuqnya sebab masih nak bolot ganjaran dari Umno untuk fitnah Anwar. Yang terang dan jelas adalah, kes sontot tersebut kesemuanya palsu dan bapak Saiful berada dipihak yang terkeluar dan tewas dengan kegilaan anaknya.
Tapi jangan risau wahaib bapak Saiful kerana kamu buat perkara betul. Biarlah kalah asalkan kalah untuk kembali menjadi seorang yang benar dan bertaubat.
Petikan dari Antarapos
SHAH ALAM: PAS hari ini meminta rakyat menimbang dengan teliti penafian bapa Saiful Bukhari Azlan bahawa anaknya tidak diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim lima tahun lalu, sungguhpun Saiful terus menegaskan jenayah seks itu berlaku.
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyifatkan percanggahan di antara anak dan ayah itu mungkin kerana pergaduhan di dalam keluarga.
"Ada satu pepatah Arab yang bermaksud apabila dua orang pencuri mencuri satu barang, lalu dua-dua pencuri ini bergaduh, bukan kata siapa hak yang sebenarnya.
"Bagi maksud dua orangnya dulu bersatu, buat satu tuduhan, tiba-tiba seorang menarik balik dan seorang mengekalkan, jadi boleh nampaklah sekarang siapa yang benar dan siapa yang bohong," katanya.
Haron berkata sebarang dakwaan terbaru oleh Azlan Mohd Lazim perlu dijadikan neraca bagi mempertimbangkan dakwaan itu secara teliti.
"Jadi dengan makna lain, kalaulah, itu merupakan satu petanda bahawa apa yang dituduh terhadap Datuk Seri Anwar itu satu pembohongan dan bapanya telah meminta maaf, maka sepatutnya menjadikan sebagai satu neraca untuk menentukan barang yang berlaku itu adalah seolah-olah merupakan satu tuduhan yang palsu," katanya.
"Banyak perkara yang kita tidak ketahui melainkan hingga sudah sampai ke peringkat ini. Di peringkat awal, bapa si Saiful ini begitu beria-ria untuk mengenakan tuduhan kepada Datuk Seri Anwar (dan sekarang)... meminta maaf semula kepada beliau,” katanya kepada Antarapos selepas Majlis Forum Perdana bersempena lima tahun pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau juga menegaskan bahawa sebarang dakwaan baru harus dibawa ke mahkamah dan bukan “diuruskan” dengan sumpah laknat.
"Sumpah laknat ialah asalnya merupakan pada isu yang tidak boleh dibawa ke mahkamah. Contohnya ialah isu orang-orang Nasrani mengatakan Allah itu ada anak.
"Tapi kes Datuk Seri Anwar ini adalah kes yang boleh ke mahkamah, jadi mengapa kita mengundang laknat Allah kalau boleh diselesaikan di mahkamah," katanya.
Menurut Haron lagi, sumpah laknat akhirnya “memakan” Azlan yang tiba-tiba mengubah pendiriannya semalam bersabit kes liwat anaknya pada tahun 2008.
"Apa pun Allah Ta'ala Maha Mengetahui, apa pun saya katakan sumpah laknat itu patut digunakan bagi isu yang tidak boleh pergi ke mahkamah," katanya.
Semalam, Azlan membuat dakwaan itu pada sidang media di sebuah apartmen di Gombak, beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau memohon maaf Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun hanya media terpilih termasuk beberapa portal pembangkang dijemput untuk mendengar Azlan membaca kenyataannya itu. Turut hadir Ahli Majlis Pimpinan PKR Datuk Johari Abdul.
Azlan mendakwa beliau hanya tampil sekarang membuat penafian itu selepas empat tahun, bertegas anaknya diliwat Anwar kerana "rasa bersalah dan tidak tenang."
Beliau juga mendakwa "mengumpul" maklumat selama empat tahun sebelum muncul dengan penafiannya itu.
Selang beberapa jam kemudian, Saiful menolak dakwaan bapanya itu dan menegaskan ayahnya diperalatkan oleh Anwar.
Beliau tidak berganjak daripada dakwaannya sebelum ini bahawa dirinya diliwat Anwar.
"Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu pengkhianat negara yang sedang berlaku dan walau apa pun berlaku saya yakin kepada Allah.
"Sebelum ini ramai ahli keluarga saya didatangi pihak tertentu untuk ganggu kes saya," katanya pada satu sidang media di pejabat peguamnya Zamri Idrus & Co di Solaris, di sini hari ini.
Untuk rekod, Saiful mendakwa Anwar meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara dan membuat sumpah laknat ditemani Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, 15 Ogos 2008.
Pada Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful pada Jun 2008 setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak beberapa bukti pendakwaraya termasuk hasil keputusan DNA membabitkan Ketua Pembangkang itu.
No comments:
Post a Comment