Najib mengada berlebihan dengan media baru - A Kadir Jasin

Saturday 12 May 2012

Najib berlebihan...
Hari ni aku sempat pergi ke Konvensyen Akses Media Adil  dan Bebas Dalam PRU-13 di Seri Kembangan. Maklumat yang dipaparkan memang amat menarik sekali. Aku setuju benar dengan ucaptama dari Dr Abu Hassan yang boleh aku ringkaskan sebagai berkata bahawa Kerajaan negara kita selama ini bersikap tertutup dengan menganggap bahawa semua kritikan merupakan satu ancaman kepada Kerajaan yang memerintah.

Hatta jika adanya kritikan kepada produk keluaran negara seperti Projek Kereta Nasional sekalipun ia akan diambil sebagai satu ancaman kepada kerajaan BN. Maka tidak hairanlah BN sering melahirkan hampir 100% ahli politik dan pemimpin yang 'yes man' tanpa kompromi. Apa saja yang diucapkan oleh PM atau TPM akan dipuji melambung walaupun ucapan mereka bertahap gaban lagi meloyakan.


Satu lagi perkara menarik adalah ulasan dari A Kadir jasin yang melihat sikap Najib yang keterlaluan menggunakan media sosial sekarang ini. Najib dah pergi overboard dengan media seperti twitter, FB dan lain-lain dengan mewar-warkan jumlah pengikutnya dan bersarapan dengan pengikut twitternya yang ke 500,000 paga tadi dan berbagai lagi yang nampaknya macam dah tak tentu hala lagi mengada-ngada.

Bagi A Kadir Jasin penggunaan media sosial sekarang ini bakal memberikan kebaikan dan juga bala kepada kedua-dua belah pihak samada PR atau BN. Ini kerana media sosial amat jarang kena saman berbanding media utama dan masing-masing menggunakan media sosial tanpa ada pantang larang dan penapisan untuk mengenakan lawan lasing-masing. Kita bakal menyaksikan PRU yang paling kotor dalam sejarah negara kata A Kadir jasin.

Walau apapun pendapat A Kadir Jasin aku rasa rakyat tiada pilihan lain selain daripada menggunakan media sosial untuk menjahanamkan semua media arus perdana yang menjadi media propaganda kerajaan yang tidak intelek dan condong kepada berita lucah serta pendedahan tabiat seks manusia. Ini jauh lebih buruk daripada tulisan-tulisan blogger yang melepaskan geram kepada kerajaan dengan maki hamun tanpa mencarut.

Aku ambil sikap Dr Abu Hassan yang berpandangan bahawa menulis rencana atau berita berdasarkan persepsi adalah baik kerana ia mencetuskan informasi. Persepsi bukanlah fitnah. Contohnya apabila kita melihat seorang Menteri yang menyimpan gundik dan menyalurkan gundiknya jutaan ringgit, persepsi akan timbul bahawa menteri itu ada punya banyak duit dan lantas ia menimbulkan persoalan darimana datangnya duit sebanyak itu. Kalau nak diharapkan gaji Menteri sahaja sudah tentu tak akan cukup.

Begitu juga menulis berita tentang betapa tersergam indahnya rumah seorang menteri di tambah lagi dengan barisan kereta mewah yang dimilikinya sehingga mencecah 5 buah, menimbulkan persepsi bahawa ada sumber duit mudah yang sedang mengalir ke dalam poke menteri itu untuk menyara kehidupannya yang mewah keterlaluan. Dari mana datangnya duit itu adalah persoalan yang sudah pasti mencetuskan informasi yang berguna kepada rakyat yang ingin tahu.

Jadi mari kita pergunakan sebaik mungkin media sosial ini dalam menimbulkan persepsi demi persepsi yang bakal mencetuskan informasi kepada rakyat yang membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah bekerja kuat untuk negara dan dalam masa yang sama mengembungkan poket mereka secara tidak betul dan keterlaluan.
Share on :

1 comment:

  1. "Satu lagi perkara menarik adalah ulasan dari A Kadir jasin yang melihat sikap Najib yang keterlaluan menggunakan media sosial sekarang ini. Najib dah pergi overboard dengan media seperti twitter, FB dan lain-lain dengan mewar-warkan jumlah pengikutnya dan bersarapan dengan pengikut twitternya yang ke 500,000 paga tadi dan berbagai lagi yang nampaknya macam dah tak tentu hala lagi mengada-ngada."

    Komen saya:
    apa salah nya Pak Najib guna Tweeter dan Facebook?
    Suka hati dia lah.

    Ehh, Anwar dll. boleh guna portal and alternative media yang di sponsor dengan begitu hebat dan mewah oleh ejen-ejen Barat, menggunakan topeng "NGO", takkan Pemimpin lain tak boleh kot..

    Jadi, rumusannya: siapa yang berat sebelah?

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License