Cubaan bunuh saksi isu murtad ? - Hasan Ali

Tuesday 8 May 2012

Pengerusi JATI, Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil mengaku pernah dimurtadkan oleh mubaligh kristian dari Australia telah dilanggar lori selepas video tersebut didedahkan kepada umum. Kemalangan serius itu nasib baik tidak membawa mati dan ia ada kemungkinan berkait rapat dengan pendedahan video tersebut. Seperti biasa Hasan Ali tidak mahu mendedahkan butiran lanjut kes tersebut atas alasan pihak polis sedang melakukan siasatan.

Kalau betul pasangan tersebut dilanggar lori ada kaitan dengan isu murtad yang didedahkan mereka, ini sudah kes berat. Nampaknya geng kristianisasi benar-benar main kasar dan nampak macam ada komplot bawah tanah ala Indiana Jones dan lebih berat lagi dia ada kaitan dengan pihak mubaligh kristian dari Australia.


Hai hang Hassan Ali jangan main-main. Nampak macam makin kasaq ni....?


Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepaspendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.
Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.
"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.
Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.
Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.
Share on :

1 comment:

  1. hassan ali,ko sekarang dah jadi tukang lawak munafik seperti presiden umno ea?

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License