Selamatkan anak-anak anda dari diculik di pasaraya!

Sunday 6 May 2012

Kisah benar:

Kisah berlaku di Carrefour Johor Bharu ketika penulis sedang membeli belah. Seorang ibu yang sedang terbongkok-bongkok mencari barang tiba-tiba mendapati anak perempuannya yang berumur 4 tahun telah tiada. Si ibu lalu memanggil-manggil anaknya tetapi hampa.

Penulis yang kebetulan berada di belakang wanita tersebut lalu mendapatkan pekerja Carrefour untuk membuat pengumuman tentang kehilangan kanak-kanak tersebut. Setelah membuat pengumuman dia lalu menelefon untuk mengarahkan semua pintu di tutup sebagai langkah berjaga-jaga. Semua itu dilakukan olehnya dalam masa 3 minit.


Pencarian dilakukan dan dalam masa 5 minit kanak-kanak malang itu ditemui di dalam sebuah tandas. Ketika dia ditemui keadaanya adalah:

  • Seperti berkhayal tidak sedarkan diri.
  • Separuh daripada kepalanya telah dicukur
  • Berpakaian separuh bogel
  • Terdapat sebuah beg di sisinya yang mengandungi pisau cukur, rambut palsu dan baju.
Semua proses bermula daripada menculik, membawa kanak-kanak itu ke tandas, mencukur kepalanya dan lain-lain berlaku dengan amat pantas lebih kurang 10 minit sahaja. Jika terlewat 5 minit lagi untuk menyedari kanak-kanak tersebut hilang sudah tentu ia berjaya dilarikan tanpa dapat dikesan.

Perhatikanlah anak-anak, cucu atau adik-adik anda ketika bawa berjalan. Seeloknya tak perlu embawa mereka ke tempat seperti pasaraya di mana kemungkinan anda akan leka amat tinggi. Ingat ! ada ramai orang jahat sedang memerhatikan kelalaian anda dan cara mereka berfikir lansung tidak sama seperti anda.

Sumber: e-mail seorang kawan.




Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License