Umno pulon sakan sekarang !

Sunday 6 May 2012

Pagi-pagi tadi dalam pukul lapan aku lalu sepanjang Sepang menyusur ke Lukut, masuk Port Dickson, kemudiannya terus masuk ke Melaka melalui jalan belakang lalu di ALAM, menuju ke Pengkalan Balak dan akhirnya tembus keluar Sungai Udang di Kem Terendak. Aku pi tengok mayat kat sana.

Apa yang nak aku cerita adalah sepanjang aku masuk sempadan kawasan Negeri Sembilan menyusur ke laluan pantai sehinggalah masuk ke Melaka, akau tengok bersepah-sepah bendera BN dan juga Umno. Bermacam program sedang berlaku sempena dengan sambutan hari ulang tahun menipu '66 tahun Umno'.


Sebab apa aku kata menipu aku rasa semua orang tahu. Masa Tun M ditentang hebat oleh Ku Li, masa tu Umno kena bubar sebab tak sah. Tun Madet akai dia pandai lebih sikit dari Ku LI pi buka Umno baru, jadi aku tak paham mai mana Umno yang tengah dipimpin oleh Najib sekarang ini berusia 66 tahun sedangkan Umno lama tu dah mampuih di bunuh oleh Tun M.

Tapi mampuih pi kat Umno lah, depa memang jenis macam tu, suka buat ikut suka kepala hotak depa dan selama ni tak ada sesiapa yang mampu membantahnya. Depa cukup power untuk memesongkan apa saja maklumat ikut acuan yang mereka mahu dengan penguasaan media yang begitu kuat. Itu kecekapan depa yang kita tak boleh perlekehkan.

Sepanjang yang aku tengok, depa memang cukup bersedia unutk menghadapi Pru-3 nanti. Najib dan Muhyiddin tak henti-henti pusing satu Malaysia dan perlekehkan keupayaan PR. Modal bersih pulak digunakan secukupnya untuk memburukkan PR.

Berita hari ni dengan megahnya TV3 siarkan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan sebarang perhimpunan jalanan yang merbahaya menentang kerajaan yang sah. Walaupun fatwanya umum dan tidak menyebut secara specifik Bersih 3, tapi bila slot tersebut dimasukkan bersama dengan berita Bersih 3. ia seolah-olah mahu memberikan gambaran pada orang ramai bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan berkata Bersih 3 itu haram.

Para ulama majlis fatwa mahu umat islam yang turut serta dalam Bersih 3 bertaubat atas perbuatan haram yang mereka lakukan. Aku turut serta dalam perhimpunan Bersih 3. Aku mahu berjalan dan berhimpun dengan aman mendesak kerajaan tunaikan permintaan Bersihkan sistem pilihanraya dan sistem demokrasi negara kita agar pertandingan berjalan secara adil dan saksama.

Aku sikitpun tak setuju untuk jatuhkan kerajaan secara ganas dan aku tak ada terima sebaranbg arahan atau berita atau maklumat yang Bersih mahu cetuskan Tahrir Square maca Mesir dan aku turun atas semangat perlembagaan yang mengizinkan aku menyatakan perasaan. Memang betul aku mahu menjatuhkan kerajaan yang ada tetapi secara bermasuh secara yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi pilihanraya yang adil. Atas dasar itu aku sedikitpun tak langgar fatwa haram Majlis Fatwa Kebangsaan.

Selepas itu berita pamerkan pulak ulasan dari artikel The Economist dengan juah sekali berkata Kerajaan Najid sediktpun tak goyang daripada Bersih 3. Malah Kerajaan Najib semakin mantap dan bakal mengharungi badai PRU13 dengan jaya bla bla bla.

Aku yakin ramai orang kampung dan majoriti penonton TV pembaca akhbar dan pendengar radio media propaganda kerajaan adalah orang melayu luar bandar...maka mereka inilah yang akan terasuk oleh propaganda tersebut. Ditambah lagi dengan program kerajaan tetapi dikidnap menjadi program Umno, maka makin mantaplah mereka...dan ini majlis fatwa tak ada keluarkan pulak fatwa...hahaha

Aku risau satu hari nanti fatwa akan dikeluarkan pada sesiapa yang cuba menjatuhkan kerajaan yang ada iaitu Umno/BN dengan memangkah selain daripada Umno/BN dalam pilihanraya umum hukumnya adalah HARAM.....awat hangpa ingat tak boleh berlakuka...?


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License