Apa anda perlu buat bila terseliuh

Monday 7 May 2012


  • Semua orang yang biasa menggunakan kakinya untuk berjalan, bermain atau berlari tentu biasa terseliuh. Apabila kita terpijak batu terkehel dan terseliuh, rasa sakit akan berlarutan sehingga berminggu-minggu. Bila terjadi begini, apakah yang anda lakukan.
  • Berikut beberapa tips mudah yang perlu anda ambil apabila terseliuh:
    • Selepas terseliuh, segeralah ambil ais, masukkan ke dalam kain dan lekapkan pada tempat yang terseliuh tersebut berulang-ulang kali. Ini bertujuan untuk mengelakkan darah di tempat tersebut menjalar ke saraf-saraf lain yang berdekatan sehingga membuatkan kawasan lebam menjadi besar.
    • Ingat! jangan mengurut atau memicit tempat yang terseliuh itu kerana ia sebenarnya sedang mengalami luka atau terkoyak tisu. Mengurut boleh membuatkan kawasan yang terluka itu menjadi lebih teruk.
    • Selepas melakukan perkara di atas. Tunggulah sehingga 24 ke 48 jam setelah kawasan terseliuh membeku. Kemudia dapatkan rawatan daripada tukang urut tradisional atau rawatan perubatan moden untuk menghilangkan dan membuang segala darah beku yang terkumpul di kawasan terseliuh tadi.
      • Jika anda memilih rawatan urut tradisional, seseorang pakar urut mampu memulihkan masalah terseliuh yang teruk dengan kadar yang amat cepat.
      • Anda boleh juga memilih rawatan perubatan moden atau mendapatkan ubat di farmasi berdekatan bagi merawat urat serta otot yang terluka dan membengkak. Biasanya ia memakan masa yang agak lama daripada perubatan urut tradisional.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License