Balik jumpa mak ! - Wan Azizah tegur Azmin

Monday 7 May 2012

Dalam bab menjaga hati ibu aku tak ambil ringan. Bagi aku kalau sibuk macam manapun dan kalau duduk jauh dari kampungpun, sekurang-kurangnya sebulan sekali mesti cari masa balik jumpa ibu, tengok muka dia cium tangan dia dan berbual dengan dia. Bila berjauhan sekurangnya seminggu sekali buat panggilan telefon tanyakan khabar, itu baru namanya anak.

Minggu ni banyak kisah rumah tangga yang aku dengar. Kisah isteri tidak menghormati suami. Isteri asyik cari keburukan suami. Isteri tak mahu dengar nasihat suami agar balik kampung ziarah ayah yang keseorangan. Alasan isteri adalah kerana ayahnya lebih mementingkan anak-anak lelaki daripada anak-anak perempuan dan macam-macam alasan lagi.


Walau apapun yang ayah kita buat dan tidak seiringan dengan kita, itu tidak bermakna kita kena pulaukan dia. Itu tidak bermakna kita kena ajar dia agar dia sedar diri. Cukuplah tu, dia orang tua, orang tua macam budak-budak, banyak tindakannya yang kita tak boleh jangka. Tapi sebagai anak kita mesti buat apa yang perlu, kita mesti hormat dia dan bantu dia.

Sentuh isu Azmin Ali dan keluarganya, aku respect dengan keluarga Pak Ali ni. Semua anak-anaknya menjadi public figure. Siapa tak kenal Azmin Ali, siapa tak kenal Azwan Ali dan siapa tak kenal Umi Hafilda. Tiga orang ni punya riuh sampai kasi goncang TV3.

Tapi dalam bab pandai, aku paling respect Umi Hafilda berbanding yang lain. Dia memang pandai ambil kesempatan dan sanggup buat apa saja untuk menang. Aku tak tau apa motif dia, mungkin dia adalah gabungan Azmin dan juga Azwan.

Umi Hafilda ada ciri-ciri Azmin bila dia menggunakan pentas politik untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya. Umi Hafilda ada sifat Azwan sebab dia memang suka glamour. Tapi bila Umi Hafilda berjaya gunakan ibu mereka untuk mengenakan Azmin, aku rasa kita kena angkat topi pada dia. Dia hebat daripada azmin nampaknya dan kelemahan Azmin nampak ketara di situ.

Apa sibuk sangat hang sampai tak boleh pi jumpa mak hang. Kalau hang selalu pi jumpa ibu hang tu, dia tak akan keluar ayat suruh hang tinggalkan PKR, itu semua mai daripada skrip terancang yang Umi Hafilda buat. Umi Hafilda berjaya sebab hang Azmin lalai jaga hati ibu hang.

Macam nasihat Wan Azizah, aku juga nasihatkan Azmin agar pi jumpa mak dia. kalau Azmin gagal dalam bab ini aku tak akan hairan jika dia tersungkur dalam arena politik selepas ini....ini bukan main-main ooooi!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License