Kenapa Pas kata demonstrasi perlu dalam Islam ?

Monday 7 May 2012

Majlis Fatwa keluarkan hukum haram buat demo yang boleh timbulkan kacau bilau dalam masyarakat. Tentu ramai setuju sebab apa mereka kata haram adalah berdasarkan kerosakan serta kaca bilau yang berlaku. memang dalam islam kita tak dibenarkan buat kacau dan rosakkan harata benda orang.

Tapi majlis fatwa yakin ka yang kacau bilau pada bersih 3 berpunca daripada demo?. Kalau nak tau sebab apa kacau bilau berlaku, sebabnya adalah kerana:


  1. Kerajaan tak benarkan orang berhimpun di dataran merdeka
  2. Ada provokasi buat orang ramai marah sampai mereka mengamuk
  3. Ada pihak yang serang orang ramai walaupun mereka sedang duduk dalam kedai makan.
Sebab apa orang buat demo aman berhimpun macam bersih 3:
  1. Sebab kerajaan tak berlaku adil dalam sisitem pilihan raya
  2. Kerajaan berat sebelah dalam menggunakan semua hak rakyat demi survival politik mereka.
  3. Kerajaan guna semua media utama untuk hasut rakyat cuim pungkoq mereka.
  4. Kerajaan guna media sebarkan khurafat dan ajaran sesat yang mengatakan bahawa hanya Umno/BN yang mampu mentadbir negara.
Tentu Majlis Fatwa yang arif semua mengerti apa yang kerajan buat kat atas tu semunya salah. jadi benda yang salah dan tidak adil adalah perkara mungkar. Perkara yang mungkar Nabi bagi tau:
  1. Kalau kuat lawan dengan tangan
  2. kalau kurang kuat lawan dengan mulut
  3. Kalau lansung tak kuat lawan dengan hati
Kalau apapun tak rasa elok check sikit iman yang ada kat dalam dada tu. Jadi tegasnya Nabi kata jangan duduk diam bila ada mungkar, bangun untuk menentangnya. Sebab itu kita buat demo....ada paham ka?

PAS: J'kuasa fatwa patut tumpu isu p'raya
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan seharusnya menumpukan kepada isu pilihan raya dalam tuntutan BERSIH dan bukannya berhubung perhimpunan.

Beliau memberi alasan, perkara itulah yang menjadi sebab berlakunya demonstrasi seperti pada 28 April lalu.

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi mungkar yang dituntut oleh Islam.

"Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut lapan perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang.

"Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas keputusan jawatankuasa itu semalam bahawa umat Islam haram menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang mencetus huru-hara.

Dalam kenyataan sama, setiausaha dewan tersebut Dr Khairuddin Aman Razali pula meminta supaya jawatankuasa itu turut mengeluarkan pandangan terhadap isu pengurusan kewangan negara, amalan rasuah dan juga isu pemberian kewarganegaraan kepada warga asing.

Selain itu, jawatankuasa itu juga harus menumpukan ke atas isu rasuah pilihan raya dan juga penggunaan sumber kerajaan dalam kempen pilihan raya.

"Dengan itu, (barulah) Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara amar makruf nahi mungkar mewakili rakyat," katanya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License