PAS akan tinggalkan PR?

Sunday 13 May 2012

Meletup lagi isu Hudud dan negara Islam dalam Pakatan Rakyat. Setiap kali Pas bercakap tentang Hudud, Karpal akan menyambutnya dengan lantang dan mesej yang disampaikan Karpal amat jelas sekali. Karpal dengan jelas mengatakan pendiriannya dan mendakwa ia adalah juga pendirian partinya DAP menolak Hudud dari dilaksanakan di Malaysia dan sekali gus Karpal mewakili DAP menolak samasekali idea negara Islam.

Selain daripada Pas parti mana lagi agaknya yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Setakat yang aku tau tak ada parti lain melainkan Pas sahaja. parti=parti besar seperti Umno, MCA, MIC, PPP, Gerakan, DAP, PKR, dan lain-lain semuanya menolak Hudud dan juga negara Islam.


Secara kebetulannya Pas memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sehinggakan dalam muktamar terakhir Pas mereka menjadikan matlamat menjadikan Negara Berkebajikan sebagai konsep yang mahu mereka perjuangkan dan dipersetujui oleh Parti. Dengan menjadikan konsep negara berkebajikan, DAP terutamanya dan juga PKR menjadi mesra dengan Pas dan mereka berikrar mahu menjalinkan kerjasama menjatuhkan Barisan Nasional.

Kalau kita lihat balik cara bagaimana Pas ketika berseorangan menentang BN dahulu, mereka menyerang hebat BN atas dasar musuh mereka itu menolak Islam sebagai hidup dan corak pemerintahan negara. Hudud antara peluru utama yang dilepaskan bertubi-tubi untuk membezakan diri mereka dengan Umno terutamanya. Mereka bersaing dengan Umno untuk menarik undi orang Melayu dan taktik Pas menarik orang Melayu adalah dengan menghidangkan matlamat mereka untuk menegakkan Islam di Tanah Melayu.

Namun pertarungan berseorangan Pas untuk melawan Umno dan sekutunya secara itu terbukti tidak pernah berjaya di arena Nasional. Mereka hanya berjaya diperingkat negeri di mana Pas berjaya menawan Kelantan secara konsisten.

Alang-alang berpolitik Pas nampak tak cukup jika mereka sekadar berpolitik untuk bersaing diperingkat negeri sahaja, mereka perlu memikirkan lebih jauh untuk berjuang sehingga ke peringkat Nasional. Satu cara yang paling selamat untuk Pas melebarkan sayapnya diperingkat Nasional adalah dengan menyediakan kekuatan secukupnya di seluruh negara dan berusaha bertanding di semua kerusi DUN dan juga Parlimen.

Dari situ masalah timbul apabila populasi negara tidak sepenuhnya dipenuhi oleh orang Melayu. Malaysia juga punyai ramai orang berbangsa lain yang bukan Islam dan mereka sudah tentu tidak gemar dengan pendekatan Pas yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Apatah lagi dikalangan orang Melayu sendiri bukannya semua punyai komitmen mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malah majoriti orang Melayu yang mengaku Islam itu sendiri tidak melaksanakan solat yang merupakan satu perkara besar yang wajib tanpa kompromi sebagai seorang muslim. Sedangkan solatpun tidak ambil berat apa pulak lagi memperjuangkan negara Islam. Jesteru itu secara logiknya usaha Pas nampak terlalu sukar untuk berjaya jika mereka mahu menggunakan landasan politik demokrasi bagi menegakkan negara Islam.

Pas sebagai sebuah pergerakan politik terpaksa berfikir sebagai orang politik lalu mereka mengambil pendekatan bekerjasama dengan rakan lain yang turut sama mahu melihat BN jatuh tersungkur dari terus menjadi pemerintah di negara kita. Pas lalu memilih Pakatan Rakyat dengan usaha Anwar Ibrahim sebagai orang tengah untuk mencantumkan mereka dengan DAP. Dan ternyata pada 2008 pakatan ini nampak menjadi apabila mereka berjaya menafikan kemenangan 2/3 BN menguasai kerusi Parlimen dan berjaya menumbangkan BN di 5 buah negeri.

Pakatan Rakyat aku lihat semakin kuat dan menggerunkan BN sejak itu. Tak ada perkata lain yang boleh menggoyangkan Pakatan Rakyat daripada terus mara melainkan isu negara Islam dan juga Hudud. Dan itu menjadikan Pas yang didokong oleh para ulama berada di dalam dilema.

Sebagai orang Islam bergelar ulama sudah tentu mereka tidak mahu seara peribadi dan juga tidak mahu dilihat mengabaikan tugas menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sekali sekala mereka terlatah juga mengeluarkan isi hati mereka dan aku yakin mereka lebih takutkan Allah daripada manusia apatah lagi seorang Punjabi yang bernama Karpal Singh.

Karpal Singh nampaknya telah menghidu sikap itu dalam pimpinan Pas sebab itu dia menyebut lambat laun Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika matlamat mereka tidak dapat dipenuhi. Aku pernah juga dengar dari mulut pimpinan lain Pas yang berpendapat kerjasama dalam PR ini hanyalah satu kerjasama sementara sebagai batu loncatan untuk mebersihkan negara. Setelah matlamat itu tercapai tidak mustahil Pas akan keluar untuk memperjuangkan agenda utama merka secara bersendirian jika hasrat mereka tidak dipersetujui oleh rakan-rakan lain.

Aku yakin perkara itu pasti akan terjadi samada cepat atau lambat. Jika BN yang berkuasa sekarang ini berubah dan mula akur dengan hasrat rakyat yang mahukan demokrasi yang adil, tidak mustahil mereka akan terus kekal menguasai negara. Pada saat itu Pas sudah tentu terpaksa membuat pilihan samada mahu teruskan lagi kerjasama dengan DAP dan PKR. Secara logiknya itu sudah tidak diperlukan lagi kerana matlamat sementara sudah tercapai dan mereka harus menghidupkan semula matlamat utama. Maka jalan yang lebih bijak adalah dengan memilih jalan sendiri sekali lagi.

Persoalan yang perlu dijawab, adakah pada ketika itu rakyat akan berubah dan mula menerima agenda menjadikan negara Islam yang diimpikan oleh Pas lalu memilih Pas sebagai Kerajaan Malaysia? aku rasa tidak sebab selagi majoriti rakyat Malaysia tidak menyembah hanya Tuhan yang satu selagi itulah Pas akan ditolak melainkan Pas ada satu kekuatan yang luar biasa yang mampu menundukkan rakyat Malaysia secara rela atau secara paksa untuk menerima Islam sebagai Addinulhayah.....
Share on :

3 comments:

  1. Satu perkara yg.harus kita ambil perhatian.,dia nie(KS)dah tua.,uzur pulak...

    Dlm stuasi sdemikian apa lagi yg.dia harapkan dlm hidup nya...

    Lain lh Kita org.Islam ada tempat mengadu,merintih,ketika kesepian dan keresahan menghadapi hari hari muka.

    Dia? betul ada agama nya, tapi sejauhmana kekuatan dan keteguhannya dalam fokus atau keyakinannya.,

    Kita di didik dgn Iman dan kepercayaan bahawa Allah itu ada hampir dgn kita dan setiap doa kita Allah dengar n akan perkenankan.

    So...x hiran lah kalau dlm melepaskan rasa keresahan itu dia mengeluarkan idea idea yg.bertentangan dgn cara kita Islam.,walhal sebenar nya dia tahu hanya Islam yang dapat menjamin hidup kita di dunia dan di hari kemudian.,

    Tapi bagi nya utk menyokong itu ada lah mustahil kerana keegoannya atau dgn maksud ia tidak mendapat pertunjuk atau hidayat dari Allah.

    p/s Kita tidak terperanjat dgn sikap nya, tapi kita sedih ramai di kalangan orang yg.lahir dalam keluarga Islam juga mempunyai pendirian yg.sama dgn nya.

    apa pun ini pandagan peribadi sahj.
    Wallahu'alam
    Jgn Maree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semua...

      Kita pakat solat sunat 44 hari atau semampunya agar Allah lembutkan hati orang2 menghalang usaha mendirikan arahan Allah.

      Delete
  2. aku rasa Pas tak akan tinggalkan PR demi perjuangan menegak kebenaran spt diikrarkan sebelum ini.itu hal karpal singh yg tak faham mengenai hudud dan agama islam.aku tak kisah yg karpal singh tolak hudud tp yg aku kisah pasi umat yg beragama islam tolak hudud.bengong sungguh puak ni menenai Islam.semoga Allah beri hidayah khasnya pada puak ni dan amnya kpd yg bukan Islam.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License