Bagaimana sambungan cerita drama Altantuya

Thursday 17 May 2012


  • Dalam kes pembunuhan Altantuya, ia berhenti di episod 2 pegawai polis didapati bersalah membunuh seorang wanita yang cantik dari Monggolia itu. Ini merupakan satu pembaziran sumber wanita jelita, kata Mat Sabu, kalau mereka tak mahupun wanita itu janganlah dibunuh, berikan saja padanya.
  • Menurut Mat Sabu, cerita drama Altantuya itu jika difilemkan berdasarkan cerita Hindustan, sepatutnya akan muncul Inspektor Sahab yang mula merungkaikan permasalah tentang siapakah yang mengarahkan kedua pegawai polis tersebut menghancurkan Altantuya.
  • Jika orang ramai mahu tahu sambungan cerita Altantuya tersebut, Mat Sabu menggesa agar mereka mengundi PR dan pastikan PR ke Putrajaya, kerana hanya PR sahaja yang berminat meneruskan sambungan cerita drama Altantuya yang punyai nilai komersial yang tinggi jika dihidupkan watak Inspektor Sahab yang merungkai episod selanjutnya.
  • Idea ini dikeluarkan oleh Mat Sabu ketika memberikan pidatonya dalam sambutan Hari Pekerja baru-baru ini.
Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License