Perkara yang menarik untuk diperhatikan selepas Tunku Aziz keluar dari DAP

Tuesday 15 May 2012


  • Sejak 2008 di mana Pakatan Rakyat berjaya menafikan kemenangan 2/3 kerusi Parlimen di negara kita, negara menyaksikan proses keluar parti ahli-ahli parti terutamanya daripada Pakatan Rakyat.
  • Jika kita fokuskan kepada mereka yang keluar daripada PKR seperti Zahrain, Zul Kulim dan yang terbaru Hasan Ali dari Pas, mereka keluar dengan membawa bersama mereka perasaan benci yang diluahkan dengan serangan bertubi-tubi parti yang pernah mereka dokong sebelum ini. Ringkasnya mereka tiba-tiba menjadi pendokong Kerajaan atau secara lebih tepatnya lidah Umno/BN.
  • Terbaru, Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya dari DAP dan umumkan hasrat mahu leluar terus dari menjadi ahli DAP. Namun masih ada ruang untuknya kekal dan menjawat jawatannya dalam parti apabila Lim Guan Eng mahu memujuknnya.
  • Tunku Aziz terkenal sebagai 'orang baik' dan berintegriti selama ini dan apa yang menarik untuk kita perhatikan adakah dia akan menurut jejak mereka yang kini menjadi hero Umno seperti Zahrain, Zul Kulim dan juga Hasan Ali.
  • Adakah Tunku Aziz selepas ini akan menjadi alat Umno untuk menyerang PR atau lebih tepat lagi adakah Tunku Abdul Aziz akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh Umno/BN. Mungkin lepas ini kita akan dapat memahami apa itu integriti.
Share on :

2 comments:

  1. hanya tanya . berapakah jumlah wang yang di belanjakan oleh umno kepada hampir 60 orang kawan DSAI .? Tak mungkin cukup kalau 1 juta seorang kan .? Dan ada buktikah UMNO membeli ahli politik ini .? Kalau ada bukti kukuh yang mengatakan ahli politik PR di beli UMNO, maka peluang untuk PR menang amat cerah, manakala UMNO selayak di bicarakan di MAHKAMAH DUNIA. PASTINYA bukan MAHKAMAH DI MALAYSIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak cara untuk membeli orang atau lebih tepat lagi sokongan. Manusia cintakan harta, pangkat atau seks itu lumrah. Kesemua tawaran tersebut mampu digunakan bagi membeli sokongan dan kesemuanya boleh dilaksanakan dengan cara 'legal' yang tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang manusia. Dalam bab solatpun ada manusia yang boleh disuruh solat dengan menawarkan kesemua yang tersebut di atas...tapi sesungguhnya mereka yang melakukan sesuatu ikhlas kerana mencari keredhoan Allah sahaja yang mendapat kejayaan dan golongan ini amatlah sedikit sejak sejarah manusia bermula. Wallahu'alam.

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License