Kenapa poligami tetap relevan

Friday 20 April 2012


  • Siapa yang tak berminat dengan perbincangan tentang kahwin dan poligami? Isu ini sentiasa mendapat sambutan baik daripada mereka yang suka atau tak suka. Sebab itu tulisan saya di sini mendapat komen sebaik saja disiarkan.
  • Bagi penulis, tidak ada yang lebih menggembirakan selain daripada tulisannya mendapat perhatian dari pembaca, samada komen positif maupun negatif.
  • Ada dua komen menarik yang mahu saya paparkan disini. Satu menolak galakan berpoligami yang datangnya dari seorang lelaki (agak pelik) Komennya seperti di bawah:
    • "Menggalakkan lelaki islam Malaysia berpoligami hanya terluah oleh org yg tidak mengetahui fakta bahawa penduduk lelaki di Malaysia sudah lama melebihi wanita dgn nisbah 51:49 sejak tahun 1994 lagi. Dan statistik itu sentiasa meningkat. Itu tandanya tuan blog hanya membaca kitab2 lama termasuk fakta selepas perang Badar dan perang Khandak. Betul selepas peperangan itu peduduk lelaki islam mmg sangat berkurangan yg menyebabkan poligami digalakkan...." Adnan Moksin.
  • Satu komen lagi datang dari seorang wanita yang berpendapat banyaknya janda di negara kita disebabkan oleh ramai lelaki yang tidak bertanggung jawab. Begini komennya:
    • "Di malaysia janda ramai.. sebab lelaki x bertanggungjawab banyak.. lelaki yg btanggungjawab yg boleh jg 3 -4 org isteri tu kurang ssangat." Yuhana Halim
  • Menurut komen saudara Adnan Moksin di atas hanya mereka yang tidak tahu bahawa jumlah lelaki melebihi wanita sahaja yang akan menggalakkan lelaki kahwin lebih dari satu. Alasan kaum lelaki sudah melebihi jumlah kaum wanita di negara kita sebenarnya mudah sahaja untuk ditolak. Berikut adalah sebabnya:
    1. Jumlah lelaki yang melebihi kaum wanita tidak menyatakan bangsa atau agama. Terdapat lebih kurang 50% orang Islam di negara kita bermakna lebih kurang 14 juta umat Islam dan dari jumlah tersebut berkemungkinan jumlah lelaki hanyalah 7 juta (atau kurang jika kita percaya data yang diberikan oleh saudara Adnan) daripada wanita.
    2. Dalam jumlah umat islam yang seramai itu hanyalah 20% atau 30% sahaja yang bersolat. Ini sudah banyak dinyatakan dari berbagai kajian yang dijalankan di universiti dan juga pihak swasta seperti Merdeka Centre. Kita bersangka baik dengan anggap seramai 30% yang bersolat menjadikan jumlah lelaki yang bersolat hanyalah 2.1 juta orang.
    3. Dalam jumlah mereka yang bersolat itu pula tidak ramai yang bersolat jemaah di masjid atau surau. Ramai yang selesa solat sendirian sedangkan orang lelaki teramat diperlukan berjemaah dan bersosial dengan masyarakat. Mari kita bersangka baik dan aggarkan 70% berjemaah menjadikan orang lelaki yang bersolat dan berjemaah hanyalah seramai 1.47 juta orang.
    4. Semua ulama dan cerdik pandai tentu bersetuju bahawa mereka yang layak berpoligami mestilah orang Islam yang baik dan berjaya hidupnya. Ukuran kita bagi umat Islam sudah tentulah bersolat 5 waktu merupakan amalan manusia yang baik ditambah lagi bersolat secara jemaah menjadikan lelaki tersebut bukan saja baik malah berjaya dalam hidupnya (maksud laungan azan).
    5. Oleh itu jumlah mereka yang benar-benar digalakkan berpoligamai di Malaysia hanyalah seramai lebih kurang 1.47 juta sahaja sedangkan terdapat seramai 7 juta (atau lebih jumlah kaum wanita.
    6. Dari data di atas jika semua lelaki yang baik itu berkahwin 4, jumlah wanita yang berkahwin hanyalah seramai 5.9 juta orang. Baki dari jumlah tersebut mahu tidak mahu terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak bersolat.
    7. Kaum wanita sebenarnya wajib memilih calon lelaki yang bersolat untuk dijadikan suami kerana bagi saya seorang lelaki yang tidak bersolat tidak layak berpoligami malah berkahwin satupun tidak layak. Sebab itu hasil dari jumlah lelaki yang tidak bersolat 5 waktu dan tidak berjemaah yang tidak menjaga isterinya maka kaum lelaki telah dilabelkan tidak bertanggung jawab oleh orang seperti Yuhana  di atas.
  • Dengan hujah saya di atas saya ingin mendapatkan reaksi saudara Adnan Moksin yang tidak menggalakkan lelaki berkahwin 4 adakah dia bersetuju bahawa sikap sebegitu membuatkan ramai wanita yang akan jatuh ke bawah jagaan mereka yang tidak bersolat, tidak berjemaah, tidak bermasyarakat dan tidak baik serta tidak bertanggung jawab.
  • Sikap tersebut menyebabkan kita berada di dalam suasana masyarakat yang kucar kacir kini kerana pembiakan baka yang tidak bersolat bertambah dengan banyak dan pantas sekalli mengatasi baka mereka yang baik.
Share on :

5 comments:

  1. Dari 1.47 juta lelaki yang baik ni mungkin termasuk lelaki yang berpenyakit kronik(kencing manis,darah tinggi jantung dan lain2 yang tidak memungkin mereka kahwin lebih dari satu,lagi sikit jumlah yang mampu berpoligami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya semakin ramai lagi wanita yang kempunan lelaki yang baik...

      Delete
  2. tu tak tolak lagi lelaki yang tak mampu(nafkah zahir batin), yg penjenayah kena tahan dalam jail. GAY!!! -->makin ramai

    ReplyDelete
  3. TUAN SYHUBI ..BOLEH X SYA NAK COPY ARTIKEL NI MASUK DLM TAG SYA NAK SEBARKAN ..SB HUJAH TUAN SGT BERNAS

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License