Pelajar yang protes PTPTN elok serah balik pinjaman jangan ambil - Mahathir

Monday 16 April 2012

Jom kita dengaq manusia pandai pemegang rekod manusia paling lama memerintah UMNO, paling lama memerintah Malaysia, paling banyak buang orang nombor dua dia, paling banyak buat projek ter-ter, tertinggi, terpanjang, terbesar, teriak dan lain-lain.

Mahathir kata puak pelajar yang berdemo bantah suruh mansuh buang PTPTN tu elok pulangkan semuala semua pinjaman depa dan jangan dok ambil lagi dah pinjaman. Hangpa pi cari sendiri duit untuk belajar, kalau dah hebat sangat.

Mahathir kata lagi PTPTN di buat untuk membantu orang susah. Orang kaya tak payah hutang duit bank untuk bagi anak-anak depa belajar tapi orang miskin tak ada duit untuk belajar, jadi kita bagi depa hutang dan sebaik sahaja mereka lulus belajar dan dapat kerja depa terus jadi penghutang yang baik dan terpelajar.


Kalau kos belajar tu percuma orang kaya akan mendapat faedah yang sama dengan orang miskin sedangkan orang kaya dah kaya dan tak perlu dibantu lagi oleh kerajaan.

Alahai orang tua ni aku pun naik hairan dengan dia sebab apa aku rasa boleh saja jawab semua hujah singkat bebal dia tu. Akupun naik heran macam mana dia boleh buat keluar hujah cetek macam tu. Aku jangka dia tentu bagi hujah sempoi pukal dan jitu sampai akau ternga-nga terkebil-kebil tak boleh nak jawab, kan dia terror habis?.

Hangpa nak akau jawab ka? hahaha hangpa nak dengar akau punya hujah pulak la tu...kata boleh titik hujah Tun Madet tu. Hissssh segan pulak akau nak jawab...takpalah...

Aku jawab jugak dengan rendah hati penuh tawaduk. Kalau takut orang kaya dapat sama belajr free, suruh pion kat kementerian pendidikan tinggi tu, atau suruh Menteri yang ada sekarang atau pesan kat drebar dia balik buat satu borang permohonan biasiswa, letakkan syarat pemohon punya penjaga ada pendapatan tidak lebih dari RM3 ribu....hehehe senang kan? memanglah senanag sebab macam tu lah depa jugak yang buat masa Malaysia masih ada lagi biasiswa.

Soalan Tun Madet yang suruh budak-budak demo tu serah balik duit pinjaman dan tak payah pinjam duit tu aku malas nak jawab sebab suruhan macam tu tak sepatutnya keluar dari orang tua tu, itu macam suruh bebudak tu berhenti terus belajar dan jadi kaki demo jalanan dan kekal bodo tak ada sijil dari Universiti. Itu memang trademark Mahathir aka Gestapo Umno, pancung dan kasi cacat habis siapa saja yang tak suka dengan depa...hahaha
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License