Bolehkah seorang Muslim melanggar undang-undang jalanraya

Tuesday 17 April 2012


Mufti Besar Dubai memfatwakan Haram jika tidak
memasang tali pinggang keselamatan ketika
memandu.

  • Bagaimana sikap anda ketika memandu kenderaan di jalanraya. Adakah anda memakai talipinggang keledar. Adakah anda memotong pada garisan doubleline atau adakah anda tidak berhenti pada lampu trafik merah.
  • Pernahkan anda terfikir apa hukumnya seorang muslim yang baik melakukan kesalahan-kesalahan trafik di jalanraya. Apabila tertangkap dengan pihak berkuasa kerana membuat salah, anda hulurkan pula duit kopi untuk melepaskan diri.
  • Kalau dalam bab memberi rasuah semua orang tahu hukumnya. Bagaimana pulak melanggar undang-undang jalanraya.
  • Untuk pengetahuan semua hukum melakukan kesalahan jaranraya adalah Haram. Sesiapa melakukan kesalahan di jalanraya yang melanggar undang-undang trafik telah melakukan satu dosa.
  • Jika anda seorang muslim dan anda sering melakukan kesalahan jalanraya dengan sengaja, anda sebenarnya bukanlha seorang muslim yang baik.
  • Demikian fatwa Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed bin Abdul Aziz Al-Haddad. Baca sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License