Pemimpin politik jenis apa macam ni!

Saturday 21 April 2012

woooit! semua dah daftar mengundi ka?
Aku dok rasa serba salah jugak ni, nak tulih ka tak nak tulih. Kalau tak tulih rasa tak puas hati sebab benda ni macam bangang sangat. Nak tulih pulak sat gi orang kutuk kat aku sebab semua orang sibuk dok fokus pada Bersih 3.0 dan kes budak muka macam badak sumbu yang serang student demo minta peluang belajar percuma tu, yang aku pulak pi cerita lawak bodo kisah pemimpin politik yang hilang tujuan berpolitik.

Oleh kerana cerita ni teramat lawak dan ada kena mengena dengan parti yang aku sokong, aku terpaksa juga cerita. Harapannya selepas ini tak ada lagi rakyat dibodohkan dengan pemimpin politik yang suka buat lawak sewel.


Ceritanya begini. Ada seorang pemimpin peringkat DUN yang menjadi ketua kawasan DUN setelah kehebatannya dikagumi. Syarahannya membuatkan semua orang rasa jahil. Kuliahnya membuatkan orang rasa nak pergi Mekah dan Madinah, dan motivasi politiknya membuatkan orang rasa esok juga nak pergi mengundi.

Oleh kerana begitu hebat penangannya menonjolkan diri sebagai pemimpin maka dalam mesyuarat pemilihan ketua maka berbondong-bondonglah ahli-ahli parti dengan penuh kusyuk memberikan undi padanya dengan rela untuk dilantik sebagai ketua.

Menambahkan lagi rasa kagum mereka dengannya namanya telah dicalonkan sebagai salah seorang yang bakal bertanding dikerusi DUN kawasan tersebut.

Walaupun begitu ada sekumpulan ahli parti di bawah jajahannya yang mengesan pemimpin ni kaki putar belit. Banyak ketempangan berlaku dalam kepimpinannya yang sering nampak macam sewel tidak keruan. Namun kumpulan ini sentiasa di cop sebagai geng jahat dan demi menunjukkan kekuasannya, geng jahat ini semunya telah dicantas keluar dari menjadi ajk.

Allah punya kuasa, dek kerakusannya mencantas sana dan mencantas sini, maka semakin ramailah musuh yang diciptanya. Kerja musuh seperti biasa akan berusaha mencari kelemahan musuhnya maka terjumpalah satu kelemahan paling bodo dalam arena politik yang boleh dilakukan oleh seorang pemimpin politik.

Hangpa nak tau apa kebodohan pemimpin yang mereka sanjung selama ini? bodohnya adalah dia rupanya tak pernah mendaftar sebagai pengundi....hahaha! ya ! dia tak pernah mendaftar sebagai pengundi dan mengukut umurnya dah lebih dari 2 kali dia tak pernah pergi turun memangkah undi dalam pilihanraya sebab tak ada dalam senarai pengundi...hahaha.

Hangpa boleh bayangkan dia yang selama ini kerjanya memastikan partinya menang dalam pilihanraya dan mengatur segala usaha terbaik agar orang pergi mengundi dan memangkah calon partinya tiba-tiba dia sendiri tak pernah peduli untuk pergi mengundi...hahaha. Itu yang aku kata sewel!

Dan menambahkan malang lagi pemimpin ini, pendedahan tersebut dilakukan di dalam mesyuarat agung kawasan parti tersebut dan dia terkedu-kedu memberikan berbagai alasan dan akhirnya bersumpah menafikan segalanya....hahaha! berani bersumpah pulak...mungkin dia ingat serban dia putih dan besar orang akan terus ambil telan segala sumpahnya itu...hahaha.

Apa yang aku boleh kata, dia cakap tak serupa bukin dan dia telah memperbodokan seluruh ahli Pas Kawasan Puncong...itu saja. Macam mana nak jalan lurus kalau guru yang nak ajar jalan lurus tu seekor ketam yang jalan kot tepi? hahaha...itu yang aku kata sewel.

Aku tak sangka ada orang politik yang ambil sikap menyertai pilihanraya sebagai wadah membuat perubahan dan dalam masa yang sama tak pernah pergi mengundi sebab tak pernah pergi mendaftar sebagai pengundi...hahaha. dan rupanya ada orang macam tu tersesat lari dari Penang mai tunjuk hero kat Puchong dan akhirnya kantoi jugak...hahaha... kesian kat hangpa orang Puchong.

Lain kali sebelum naka lantik ketua dalam parti politik, pi check dulu samada dia dah mendaftar atau tidak. Aku harap sangat sesiapa yang terbaca tulisan aku ni dengan sepantas kilat dapatkan nombor kad pengenalan ketua-ketua politik hangpa samada peringkat tinggi atau rendah, dan segera semak kat dalam senarai daftar pengundi....harap tak berlaku ditempat orang lain....kalau tidak elok bubarkan saja parti dan pi joint Hizbur Tahrir....
Share on :

2 comments:

  1. harap pas pusat peka dengan pekara ini,banyak aduan tentang mamat sekor ni telah dibuat tapi takda tindakan diambil,dia ni mungkin pengintip yang dihantar untuk pecah belahkan pas.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License