Pembangkang Pesong niat Bersih - Hishammuddin

Sunday 10 July 2011

Bersih dah berlalu semalam dengan penagkapan seramai 1,401 orang termasuk Ambiga dan juga beberapa pemimpin pembangkang. Media pro kerajaan menonjolkan betapa Bersih sebenarnya adalah agenda pembangkang dan bukanlah satu pergerakan bebas yang mahu menuntut pembaharuan kepada sistem demokrasi. Buktinya adalah apabila ramai dikalangan pemimpin pembangkang yang menyertai perhimpunan tersebut dan ramai juga yang tertangkap termasuklah Tuan Guru Haji Hadi, presiden Pas.

Kalau ada sesiapa yang mendakwa Bersih tak ada kena mengena dengan politik, memang dia tak cukup waras. Kalau ada orang yang hairan kenapa pembangkang terutamanya Pas menyokong dan menyertai Bersih sudah tentu orang tersebut selama ini bersuluk di dalam hutan.

Memanglah Bersih ada kena mengena dengan politik. Tuntutan reformasi terhadap sistem pilihanraya adalah agenda politik. SPRM yang ada di negara kita adalah badan yang menguruskan aktiviti politik, bagi mengatur pilihanraya antara Parti-Parti yang bertanding. Memang bersih muncul kerana Politik, apa yang nak dihairankan.

Bersih tidak akan wujud dan negara tidak memerlukan SPRM jika sistem perlantikan pemerintah di negara kita bukan melalui pertandingan pilihanraya atau jika negara kita hanya ada satu parti sahaja iaiatu parti kerajaan dan tidak wujud parti pembangkang.

Jika tidak ada pembangkang, buatlah apa sahaja yang kerajaan suka buatlah apa saja sistem perlantikan pemerintah yang mereka suka, nak lambung duit ka, nak ooo-som ka, atau apa-apa saja yang terlintas dihati mereka, tak akan ada yang membantah. Tetapi semua itu adalah mustahil kerana manusia bukanlah makhluk keras seperti seketul batu. Tiada daya melawan, tiada upaya membantah.

Maka mahu tak mahu tetap akan wujud pembangkang yang sentiasa berusaha mencabar kerajaan yang berkuasa. Maka wujudlah pertandingan yang memerlukan satu pihak ketiga yang bertindak sebagai orang tengah. Apabila orang tengah merangka undang-undang pertandingan maka amat penting peraturan yang dirangka itu adalah adil dan saksama bagi kedua-dua belah pihak.

Adat masuk bertanding sudah tentu bermatlamatkan kemenangan, kalau tak ada niat nak menang tak payah bertanding. Sebab itu segala ruang yang boleh menyebabkan kekalahan perlu dilihat dikaji dan ditutup bagi memastikan kemenangan dan sudut yang paling utama yang perlu dilihat adalah peraturan pertandingan yang tidak berat sebelah. Mengapa perlu menghabiskan tenaga berlebihan dalam pertandingan yang berat sebelah.

Menang dalam sesebuah pilihanraya menjanjikan kuasa memerintah, itulah piala kemenangan yang dijanjikan dan itulah yang menjadi rebutan, jadi apabila pihak pembangkang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak bermaruah, itu perkara biasa. Adalah amat menghairankan apabila ada orang yang melabelkan Pas sebagai gila kuasa kerana bersungguh-sungguh berusaha mahu menang pilihanraya.

Memang Bersih adalah agenda pembangkang yang sedang berusaha membaiki sistem pilihanraya yang dilihat berat sebelah agar setiap pertandingan yang bakal berlansung pada masa depan menjanjikan pertandingan yang saksama kepada semua pihak. Ia adalah agenda jangka panjang bagi menyediakan landasan yang lebih sempurna untuk anak-cucu rakyat Malaysia.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License