- Esok Bersih 3.0 akan berlansung dan hari ini polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka bermula pukul 6 petang tadi sehingga 1 May 2012. Polis akan mengambil tindakan pada mereka yang melanggar arahan tersebut di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 188.
- Rekod sebelum ini menunjukkan Bersih tetap akan mendapat sambutan walupun dihalang dengan berbagai ancaman. jadi sudah pasti mereka yang berminat merakamkan peristiwa bersejarah tidak akan melepaskan peluang untuk turun sama samada sebagai peserta atau jurukamera. Bagi mereka yang akan turut serta untuk merakamkan gambar sebagai jurugambat amatur berikut beberapa petua yang saya ambil dari sini untuk mendapatkan gambar yang hebat esok:
- Pastikan anda merakam semua peristiwa yang berlaku sebanyak mungkin. Kalau boleh sediakan dua kamera. Satu untuk merakamkan peristiwa dari sudut yang luas dan satu lagi untuk rakaman peristiwa dari sudut jauh atau kecil. Eloknya bawa satu kamera kompak dan satu lagi DSLR
- Kadang-kadang untuk merakamkan gambar yang hebat anda tidak dapat mengelak untuk berada lebih dekat dengan peristiwa. Oleh itu pergi dekat dan jaga keselamatan anda.
- Berikut senarai yang wajib ada dalam rakaman bergambar anda:
- Rakaman gambar orang ramai - Semua orang yang mahu mendapatkan gambara peristiwa pasti mahukan gambara orang ramai ketika peristiwa. Pastikan anda meletakkan apperture yang besar eloknya f8 ke f11 untuk mendapatkan gambar jelas semua yang dirakam.
- Dapatkan gambaran keseluruhan - Anda boleh berada jauh daripada orang ramai dan rakam gambar anda atau anda boleh naik belakang kawan untuk rakaman gambar dari atas atau anda boleh angkat kamera anda ke udara dan rakam beberapa keping gambar.
- Rakaman terperinci - Pergi berhampiran peristiwa dan dapatkan rakaman close-up betul-betul pada apa yang terjadi. Ini memerlukan penggunaan lensa seperti 35mm atau 50mm untuk hasil gambar yang menarik. Ini mungkin rakaman logo bersih, rakaman poster bersih, contengan muka dengan logo bersih dan lain-lain.
- Anda jangan sesekali lepaskan rakaman emosi - Rakam gambar wajah yang berang, sedih takut, gembira atau lain-lain seumpamanya. Lensa terbaik untuk aksi ini adalah dengan menggunakan 70-300mm.
- Rakaman aksi - Jangan lepaskan sebarang peluang merakam aksi seperti larian pecut, pukulan cota polis dan seumpamanya.
- Kalau ada masa rakam juga gambar potrait - Rakam dari berbagi sudut dan fokuskan pada mata. Jangan lupa masukkan sekali gambar bahu dan jangan lupa untuk perhatikan latar belakang agar lebih menarik.
- Jika anda mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang rakaman dan liputan peristiwa seperti bersih dan mahukan tips-tips keselamatan pergi ke sini.
Tips buat liputan bergambar Bersih 3.0 esok !
Friday, 27 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment