Aku

Aku sentiasa idamkan kerjaya sebagai wartawan atau menjadi penulis sejak tahun 1968 lagi. Pada waktu itu aku banyak memohon merata tempat untuk menjadi wartawan atau apa saja kerja yang ada sangkut paut dengan kerja menulis.

Tapi malangnya, berpuluh-puluh permohonan aku ditolak mentah-mentah. Aku cuma mendapat satu saja alasan kenapa permohonan aku tidak diterima:

"Aku buta huruf...!"

Ya! aku memang tak reti baca dan tulis pada ketika itu. Tapi aku teringin sekali untuk belajar dan melakukannya. Rejection demi rejection dengan alasan yang sama akhirnya membawa aku kepada mengikuti kelas membaca dan menulis....

Dipendekkan cerita, aku sudah cekap membaca dan menulis. Tapi tiada lagi tempat aku dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Aku akhirnya pasrah dan terpaksa berpuas hati apabila diterima menjadi penjaga kubur.

Namun aku berbangga kerana selain daripada jadi penjaga kubur aku juga seorang yang tahu membaca dan menulis. Setiap kali tak ada orang mati dan tak ada urusan membersihkan kubur, aku akan menulis pada kerta-kerta kosong.

Aku ikut pesan orang tua-tua kalau ilmu tidak dipraktiskan, lama kelamaan akan hilang. Sebab itu aku tak berhenti menulis. Aku tulis apa-apa saja walaupun hanya aku seorang yang membacanya.

Sehinggalah satu hari aku diperkenalkan pada blog oleh seorang kawan yang memang seorang blogger. Dia ambil aku jadi penulisnya. kadang-kadang dia halang aku menulis kerana katanya tulisan aku pedas-pedas dan merbahaya.

Aku merayu dan merayu dan disebabkan kasihani aku dia berikan juga kadang-kadang. Dia mengajar aku membuka blog sendiri. Aku tak faham macam mana dan dia tolong membuatnya untuk aku. Tapi bila dia tengok tulisan aku ganas, dia pergi delete pulak blog tersebut. Aku tak marah sebab dia guru aku.

Akhirnya dia ajr lagi padaku cara buat blog. Aku berjaya buat blog aku sendiri. Dengan itu tercapai juga cita-cita aku menjadi wartawan dan penulis dalam akhbar maya. Aku kini dapat meluahkan semua yang aku rasakan dalam blog ini.

Aku tak pasti samada blog ini akan terkenal atau tidak, tapi aku gumbira sekali. Teknologi zaman kini membuatkan sesiap saja boleh jadi penulis...aku dengan bangga sekarang menggelarkan diri aku sebagai penulis sepenuh masa dan penjaga kubur sepanjang masa...hehehe
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License