Kenapa perlu hantar anak anda ke Maahad Tahfiz Habibullah

Thursday, 3 January 2013

Maahad Habibullah Al-Hafiz memulakan usaha "membina sahsiah generasi berilmu" melalui program pendidikan tahfiz sejak lebih dua tahun lalu. Apabila mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, program yang sama dilebarkan ke cawangan baru di Maahad Khalifah Abd Khalip.

Program pengambilan pelajar baru di Puncak Alam telah penuh dan tidak dapat dipenuhi lagi sejak sebulan yang lalu. Namun masih ada yang menghubungi Maahad Habibullah untuk memohon tempat buat anak mereka.

Masalahnya semua yang menghubungi lebih memilih penempatan di Puncak Alam dan menolak penempatan di Tanjung karang atas alasan yang tidak dapat dipastikan. Berkemungkinan disebabkan oleh jauhnya pusat tersebut daripada rumah ibubapa membuatkan mereka rasa tidak selesa.


Untuk ibubapa yang rasa kawasan tersebut jauh berikut beberapa sebab untuk anda memikirkan semula bagi menghantar anak anda ke Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip:

  • Silibus pelajaran yang ada di Maahad Habibullah Al-Hafiz dengan Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip (MTKAK) adalah sama tanpa ada sedikitpun perbezaan.
  • Sistem pendidikan yang ada di MTKAK di kendali dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang sama.
  • Suasana persekitaran MTKAK adalah jauh lebih kondusif untuk pendidikan ilmu penghafalan berbanding dengan pusat lain yang berada ditengah kawasan kesibukan pekan.
  • Suasana damai, segar dan nyaman menambahkan lagi daya pembinaan siasah serta pembentukan akal anak-anak yang belajar di sana.
  • Jarak yang agak jauh dari rumah ibubapa membuatkan anak-anak tidak selalu diganggu oleh penjaga yang asyik nak melawat melihat anaknya sehingga membuatkan mereka tidak dapat menyesuaikan diri berdikari berjauhan daripada keluarga.
  • Kurang gangguan lawatan daripada penjaga membantu anak-anak lebih memberikan tumpuan untuk belajar dan menghafal.
  • Kejauhan dan jarang berjumpa juga memberikan satu kelebihan yang dapat menginsafkan pelajar betapa selama ini tingginya kasih sayang ibubapa kepada mereka.
Tentu ada yang bertanya kenapa aku perlu menghantar anak aku ke Maahad Habibullah Al-Hafiz atau Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip. Apa agaknya kelebihan mereka berbanding pusat Tahfiz yang lain?. Berikut kelebihan yang kami ada yang membuatkan anda pasti menyesal jika tidak memilih kami:
  1. Pemilihan para ustaz dan tenaga pengajar dilakukan dengan cara temuduga yang mendalam dan bermatlamat.
  2. Hanya tenaga pengajar yang berkualiti sahaja akan diterima oleh Maahad. Mereka mestilah bagus dari segi tajwid, pembacaan, punya ilmu yang berkualiti serta perwatakan yang berhemah tinggi.
  3. Kecerewetan dalam pemilihan tenaga pengajar diimbal balikkan dengan pembayaran gaji yang tinggi setimpal dengan kelayakan mereka.
  4. Para Ustaz juga akan kekal dengan pusat Tahfiz dan bersungguh menyumbang dalam pembinaan pelajar yang berkualiti tanpa perlu memikirkan lagi isi poket yang kering untuk menyara anak bini.
  5. Kami amat memahami para Ustaz juga punyai kehidupan seperti para profesional lain dan tidak sepatutnya dianak tirikan seperti tenaga penyumbang masyarakat kelas bawahan yang murah dan menyedihkan.
  6. Maahad juga memberikan pendidikan subjek akademik sebagai penyediaan pelajar menduduki peperiksaan.
Oleh itu, pastikan anda fikirkan sedalamnya dan hantarlah anak anda yang berumur lebih dari 12 tahun ke pusat tahfiz kami. Anda pasti tidak akan menyesal, insyallah...

Bagi mereka yang mahu menderma untuk membaiki kemudahan penempatan pelajar di Maahad sila masukkan sumbangan anda di sini. Kami amat memerlukan sumbangan dari pembaca bagi membeli:
  • Tilam. Anggaran kos RM70 untuk satu tilam. Jumlah diperlukan 20 unit.
  • Almari pelajar. Anggaran kos RM150 seunit. Jumlah diperlukan: 20 unit.

Share on :

2 comments:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License