skip to main |
skip to sidebar
Adakah bercinta terlebih dahulu mampu mengatasi perceraian selepas kahwin
- Ramai muda mudi sekarang mengambil sikap untuk saling mengenali antara pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.
- Maka ramai yang akan bercinta bagai nak rak, ke hulu ke hilir macam belangkas. Singgah sebanyak mana taman bunga yang ada berkepit menonton wayang di segenap panggung dan membonceng atau memandu berduaan ke sana sini sehingga memakan masa bertahun-tahun sebelum endirikan rumah tangga.
- Di barat, persepsi yang sama berlaku di mana 2/3 daripada mereka yang dibanci bersetuju adalah lebih baik untuk mengelakkan perceraian dengan bersekedudukan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
- Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persepsi tersebut di atas adalah salah sama sekali. Kajian mendapati mereka yang bersekedudukan atau menjadi belangkas terlebih dahulu sebelum berkahwin akan mendapati mereka tidak berpuas hati terhadap pasangan mereka dan akan lebih berkemungkinan untuk bercerai selepas berkahwin.
- Oleh itu ikutlah nasihat orang tua-tua. Kahwinlah segera apabila mendapat jodoh dan bina persefahaman daripada ikatan yang sah. Telah segala berbezaan, sesuaikan diri dengan perbalahan dan paling utama jangan sesekali putus asa untuk tinggal bersama sehingga ke anak cucu. Insyallah, anda akan bahagia.
- Sumber
No comments:
Post a Comment