SPR yang Neutral?

Friday, 27 April 2012

Gua tak ingat la Bro !
Heboh dalam suratkhabar dan media alternatif dok cakap tentang orang no. 1 dan orang No 2 SPR kononnya ahli UMNO. Setakat ni hanya Taukeh SPR no 1 saja ada buat kenyataan tentang tuduhan tersebut.

Katanya dia tak ingat bila dan di mana dia ada mendaftarkan diri sebagai ahli Umno. Ada kemungkinan orang lain yang tolong mendafarkannya. Itu ada kemungkinan dan tidak boleh dinafikan.

Macam mana boleh ada orang lain yang mendaftarkannya sebagai ahli Umno? biasanya kawan-kawan akan tolong buat semua kerja tu dan kebiasannya kawan-kawan yang rapat dengannya. Ini bermakna kawan-kawan dia ahli Umno tegar yang kuat berusaha menambahkan ahli.


Dia kata dia tak pernag bayar yuran keahlian. Biasanya yuran keahlian juga akan dibayar oleh rakan-rakan Umno tegarnya. Biasalah Umno totok biasanya banyak duit sebab depa banyak buat projek buat duit. Jadi setakat sponsor yuran keahlian Umno dah menjadi perkara mudah yang lansung tidak menjejaskan simpanan wang mudah mereka.

Kini tinggal orang no 2 SPR saja yang masih belum kata apa-apa. Mungkin masih belum dapat ilham nak kelentong apa pulak. nak kata perkara yang sama boss dah dah pakai. Kalau lepas ni dia pulak ambil pendekatan yang sama menunjukkan 2 orang penting negara yang sepatutnya amat neutral menjadi ahli Umno tanpa mereka sendiri ketahui.

Aku yakin sebenarnya 3/4 ahli Umno tak tahu yang mereka adalah ahli Umno. Ramai ketua-ketua bahagian yang akan kidnap mana-mana saja individu yang tak teringin projek untuk dijadikan ahli Umno bahagiannya. Sebab dia nak jadi ketua Bahagian kat situ.

Bila jadi ketua bahagian, hasilnya lumayan. Banyak peluang buat duit terbuka luas. Kalau nak teka di sesebuah kampung atau penempatan di negara kita yang mana satu rumah ketua bahagian atau ketua cawangan atau ketua pemuda, kita cuma perlu tengok rumah mana yang paling tinggi dan paling besar sekali. Haaa itulah rumah mereka.

Kalau yang dah lama jadi Ketua, biasanya depan rumah ada sekurang-kurangnya 5 buah kereta mewah. Satu habuan pi pasar, satu untuk pi pekan, satu untuk pi mengawan, satu untuk pi mesyuarat dan satu untuk pi melobi...hahaha.

Memang depa cekap buat semua tu....! Itulah Umno !!! yang menyebabkan semua orang meluat terutamanya orang yang tak dapat peluang macam mereka. kalau yang dapat tempias sedikit daripada kelebihan mereka akan turut sama bersekongkol....! itulah Umno! hangpa nak undi depa lagi ka?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License