Mahkamah tidak memberikan kebenarang hari ini pada kerajaan negeri kelantan yang memohon untuk melihat dan membandingkan mode pembayaran royalti minya petronas kepada negeri-negeri yang berbeza.
Kerajaan Kelantan memerlukan semua itu sebagai salah satu daripada lampiran hujah mereka bagi menuntut kembali hak mereka mendapatkan bayaran royalti daripada Petronas yang disekat oleh Kerajaan Persekutuan yang zamim hina dan tidak berperi kemanusiaan.
Sudahlah nafikan wang rakyat Kelantan, kemudia mereka mengejek-ejek serta menghina kepimpinan pilihan rakyat negeri Kelantan yang mereka tuduh tidak pandai cari duit dan tak pandai menguruskan negeri kelantan.
Kerajaan negeri Terengganu apabila tumbang kepada Pas pada tahun 1999 telah mendapat kecelakaan yang sama hasil daripada kekejaman Umno/BN pada masa itu dipimpin oleh Tun Madet.
Sebaik saja tumbang Tun Madet menghentikan pembayaran royalti minyak atas alasan Kerajaan Pimpinan Pas bodoh dan tidak berpelajaran dan tidak ada ilmu untuk menguruskan wang yang banyak. Itulah hinanya Pas di mata Madet dan juga orang Umno.
Kini kerajaan najib, kononnya yang mendahulukan rakyat telah sekali lagi membelakangi hak rakyat Kelantan. Slogan mereka hanya tinggal slogan dan mereka sebenarnya adalah pengikut cara pemerintahan Firaun zaman moden.
Firaun pada masa dahulu akan menyiksa sesiapa sahaja yang tidak mengaku dia manusia yang paling berkuasa setaraf Tuhan. Umno/BN kini akan menyiksa dan menghina dan mengejek sesiapa sahaja yang tidak mahu mengaku bahawa hanya Umno/BN yang tahu memerintah dan menghabiskan wang negara.
No comments:
Post a Comment