Muhyiddin tak sanggup korbankan akidah demi untuk dapatkan undi

Thursday, 26 April 2012

Puuuuh! gua tak sanggup oooo!
Timbalan perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membuat kenyataan seperti tajuk di atas di dalam satu pertemuan dengan Rela di Kelantan. Beritanya ada di sini. Bagi Muhyiddin biarlah mereka tidak mendapat undi daripada golongan seks bebas, gay, lesbian, transgender, bapok, darai, jebong, maknyah, pondan, tomboy, penkid, jigolo, kaum lut, warga sodom dan lain-lain seumpama dengannya. Bagi TPM mereka ini adalah manusia yang akan merosakkan akidah rakyat Malaysia.

Segala keluhan masyarakat LGBT ini tidak perlu didengar sama sekali, segala tuntutan mereka tidak boleh dilayan sama sekali. Mungkin hanya tidak sampai ke peringkat penghapusan beramai-ramai kaum seperti ini sahaja yang Umno tidak lakukan lagi. Daripada percakapannya aku rasa satu hari nanti untuk membuktikan mereka berada di landasan yang betul mereka akan buat projek penghapusan beramai-ramai kaum jenis LGBT ini.


Dalam pada solehnya TPM ketika membuat ucapan tersebut, dia dengan yakin menyatakan bahawa Pas telah dengan relanya memberikan lampu hijau terhadap golongan LGBT. Sekali gus beliau mengecam Pas telah sesat. Aku rasa kalau diajak berdebat dengan pimpinan Pas tentu dia tak akan berani kerana dia hanyalah membuat fitnah kering semata-mata.

Kenapa agaknya Muhyiddin tak komen tindakan Najib bersama-sama dengan penganut Hindu di Batu Cave tempoh hari. Bukankah menyembah berhala adalah sebesar-besar dosa. Itu adalah akidah yang paling sesat yang ada di muka bumi ini. Tentu Muhyiddin sendiri tahu asas dalam agama yang di anutinya. Jesteru itu kenapa BN masih berkompromi dengan puak-puak yang menyembah patung berhala bersepah-sepah di sekeliling Batu cave tersebut. Adakah tindak mereka itu tidak menggadaikan akidah?.

Muhyiddin akan jawab kita tidak boleh memaksa dalam bab beragama......kalau membiarkan manusia lain menyembah selain daripada Allah kamu boleh bertolak ansur kenapa pulak ada bukan Islam yang terjebak dalam budaya LGBT kamu tidak mahu hampiri?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License