Minggu lepas aku dengar temubual antara Radio24 Bernama bersaa dengan bekas Menteri Besar Selangor Abu Hassan. Pemubual satu hala ini memualkan aku bila Umno karat tu tak habis-habis memperlekehkan kerajaan PR di Selangor dengan tiada lansung fakta.
Dia bernasib baik sebab tak ada wakil dari pihak PR di depannya masa itu. Kalau tidak dia tentu diserang sakit jantung apabila diminta fakta yang ternyata terbalik daripada tuduhannya. maknanya dia juga ikut mohong habis semua pendengar Radio24 terutamanya para penyokong tegar Umno dan juga ahli atas pagar yang lalai dan tak mau ambil tahu perkembangan politik negara.
Dengan tok guru depa merangkap ketua Umno dan juga timbalan ketua Umno yang memulakan segala ucapan untuk menyerang PR dengan pembohongan maka habis semua pemimpin Umno dari peringkat JKKK dan lain-lain ikut sama ulang tayang semua cerita mohong tu.
Sebenarnya yang dikatakan perjumpaan rakyat sepertimana yang diwar-warkan media pencacai Umno tu adalah perjumpaan ahli Umno. Hanya geng-geng Umno karat saja yang dok turun di segala perjumpaan mereka, itupun apabila dijanjikan dengan berbagai hamper dan gula-gula untuk menarik depa semua hadir. Kalau tiada semua itu tinggal kerusi saja. Bila ramai yang pi maka dengan tersenyum bangga dan tersipu-sipu malu Najib Meloya akan jerit, "saya lihat perubahan sedang berlaku... rakyat dah mula sedar Umno lebih bagus...bla...bla".
Dah panjang sangat aku merapu mukadimah posting ni. Apa yang nak aku bagitau adalah betapa meloya gilanya aku sering mendengar PM dan TPM dan dituruti oleh semua yang lain membohongi rakyat kononnya PR tidak tunaikan janji mereka.
Setap kali kenyataan tersebut dikeluarkan tidak pernah diiringi dengan sekurang-kurangnya 5 perkara yang mereka tuduh tidak ditunaikan oleh PR. Aku gerenti kalau depa bagi senarai tu semuanya akan kantoi liau-liau dan akan di booookan oleh rakyat. Jadi sebab nak menunjukkan rasa tak puas hati aku atas pembohongan depa dan nak melawan balik semua kaki mencarut tu (bohong sama dengan mencarut),aku lampirkan artikel di bawah.
Hangpa baca sampai habis bukti PM dan TPM mohong kuat dan tidak boleh dipercayai lansung. Sudahlah kaki betina, makan duit rakyat, mohong pulak tak henti-henti segenap kampung dan habis semua orang tua tak ada gigi terangguk-angguk percaya pembohongan depa:
Sebagai pengenalan, teks ini dihasilkan dan disebarkan untuk menafikan tohmahan kalangan pemimpin Umno–BN semasa bercakap dalam setiap perhimpunan bersama rakyat di negeri Selangor khususnya. Mereka sepatutnya lebih berhemah dan bersopan apabila berucap di hadapan rakyat Selangor yang rata-rata lebih bermaklumat, bijak dan matang untuk menerima atau menolak antara ucapan yang dipenuhi fakta yang benar dengan ucapan merapu dan dipenuhi fitnah serta rasa dengki kesumat. Semoga penyebaran teks yang ringkas tetapi dipenuhi fakta dan angka ini kepada semua pihak, dapat segera menjawab segala tohmahan dan kebohongan kalangan pemimpin Umno-BN yang mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor gagal menunaikan janji-janji dalam Manifesto Pilihan Raya Ke-12 lalu.
Tujuan manifesto dirangka pada setiap Pilihan Raya Umum ( PRU ) adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat apakah model pentadbiran yang akan dilaksanakan oleh sesebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik jika mereka diberi mandat memerintah. Manifesto merupakan iltizam pemimpin dan kepemimpinannya mentadbir negeri jika berjaya membentuk kerajaan. Dalam bahasa mudah manifesto adalah janji-janji pilihan raya.
Walau apapun yang terdapat dalam manifesto, setiap parti politik yang bertanding dalam PRU, rata-rata rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan amalan bersih, tidak rasuah dan berhemat berbelanja. Hanya program yang memberi kepentingan rakyat akan menjadikan bayaran cukai yang mereka bayar, mempunyai nilai sebenar. Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.
Begitulah yang ditekankan PR apabila menerajui negeri Selangor pada 2008. Pertumbuhan ekonomi negeri menjadi tumpuan agar semua janji dalam Manifesto dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan hasil pembangunan negeri dapat dirasai oleh setiap rakyat negeri ini.
Draf di bawah adalah data yang menunjukkan pencapaian ekonomi negeri Selangor semenjak 2008.
Setelah meletakkan kedudukan kewangan negeri dalam keadaan yang kukuh maka barulah janji-janji manifesto dapat direalisasikan kerajaan. Saya galurkan di sini 23 janji utama Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU12 yang lalu yang kebanyakan daripadanya berjaya dilaksanakan.
Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan PR telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto PRU 2008. Memandangkan Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNK negara maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.
Justeru itu, Kerajaan PR telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan tidak hanya tertakluk pada Manifesto 2008. Di bawah adalah data yang menunjukkan janji dan perlaksanaan oleh kerajaan PR di bawah MES;
Program MES telah dilebarkan menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat kerana menyedari bahawa sekian lamanya hasil negeri terkaya ini dikutip namun pengagihannya tidak menitikberatkan kebajikan rakyat marhaen; hanya berlegar dalam kalangan pemimpin dan suku sakat mereka. Pelbagai program telah dilaksanakan di bawah Hasil Negeri Untuk Rakyat ini, antaranya;
- Jom shopping bagi warga emas,
- Pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran.
- Program Pendidikan – SPIES, GEMS, Tuisyen Rakyat
- Skim Perumahan Pekerja Ladang
- Bantuan pengurusan bangunan, lif & pusat komuniti
- Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia 4 tahun (lahir 2008)
Selama empat tahun mengamalkan pentadbiran reformasi; bersih telus dan berhemah PR telah berjaya mengutip hasil negeri tanpa berlaku ketirisan. Menyedari bahawa selama 50 tahun pentadbiran terdahulu; tanpa adanya proses semak dan imbang yang berkesan, pastinya terlalu banyak kepincangan dan ketirisan yang berlaku. Justeru, kehadiran PR tepat pada masanya. Ini terbukti apabila banyak lubang ketirisan berjaya dibendung. Hutang lapuk syarikat kroni yang mencecah hampir RM400juta dan berusia sedekad lamanya telah berjaya dikesan dan dikutip. Sejumlah wang yang mengikut kelaziman pemerintah terdahulu akan masuk ke dalam poket pemimpin, kini berjaya disalurkan semula kepada rakyat melalui Geran Selangorku. Satu dana besar berupa bonus kepada rakyat Selangor.
Terdapat 17 program yang telah dirancang dan sebahagian besarnya sedang berjalan lancar. 17 program tersebut menyentuh setiap segmen rakyat di Selangor; golongan pekerja, belia, wanita, warga emas, anak kecil, OKU, di bandar mahupun di desa. Bonus RM300 juta ini merupakan julung-julung kali diterima rakyat negeri ini melalui program berikut;
Melihat kepada program-program MES, Hasil Negeri Untuk Rakyat dan Geran Selangorku di atas rakyat dapat melihat meskipun ada di antara Manifesto 2008 yang belum dilaksanakan antaranya penurunan cukai pintu, pemberian wang masuk tadika dan wang saku suri rumah, namun program-program tambahan yang dilaksanakan jauh lebih memberi manfaat kepada rakyat. Umpamanya program Pemerkasaan Wanita berjumlah RM30 juta bakal menyediakan prasarana dan peluang yang jauh lebih cerah kepada golongan wanita dan suri rumah.
Begitu juga dengan Program Daripada Pejabat Kepada Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM20 juta di bawah Geran Selangorku, adalah satu projek penyediaan data digital geran-geran tanah di seluruh Selangor dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi jangka panjang. Rakyat tidak perlu lagi mengunjungi pejabat tanah untuk berurusan kerana semua urusan boleh dilakukan melalui teknologi internet. Secara langsung program ini dapat mengurangi kos yang ditanggung rakyat. Projek ini merupakan projek pertama yang pernah diadakan di Asia.
Jika mahu dibongkar dan diungkit perkara yang dilakukan pemerintah terdahulu maka terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Namun kerajaan PR mengambil pendekatan bahawa rakyat Selangor sesungguhnya maklum perkara tersebut lantas rakyat memilih untuk menolak mereka pada PRU yang lalu. Justeru itu, PR tidak menoleh ke belakang dengan menonjolkan perlakuan mereka sejak 50 tahun lalu. Sebaliknya PR melaksanakan pentadbiran maju ke hadapan dengan melakukan perubahan dan reformasi pada setiap segmen pentadbiran; politik, ekonomi dan sosial.
Puluhan program telah dilaksanakan hanya dalam tempoh 4 tahun memerintah. Selain menghalang kenaikan tarif air hingga mencecah 71%, PR berjaya memberikan air percuma 20 meter padu kepada setiap isi rumah sejak 2008 yang lalu. Usaha giat dijalankan untuk menyelamatkan air Selangor daripada terus diancam kroni pemerintah Persekutuan. Setelah PR memerintah, barulah rakyat Selangor mengetahui bahawa aset air negeri Selangor yang selama ini digunakan secara percuma oleh syarikat kroni, bernilai RM12 billion apabila Kerajaan Negeri melakukan audit besar-besaran terhadap aset-aset tersebut. Dengan penemuan nilai aset yang setinggi itu ia mampu menambah iltizam kita untuk terus mempertahankan air Selangor.
PR yakin dengan semua program kebajikan di atas, rakyat Selangor akan terus memberikan mandat kepada PR untuk memerintah negeri ini. Pentadbiran secara telus, bersih dan bebas rasuah adalah yang didambakan oleh rakyat. Konsep “Value For Money” yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor adalah model terbaik jika PR diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
No comments:
Post a Comment