Tiap kali masuk musim pilihanraya maka Umno terutamanya kedua-dua pemimpin utamanya mula menghina pimpinan negeri Kelantan dengan berbagai tohmahan.
- Kelantan tak tahu urus air
- Kelantan tak membangun
- Kelantan negeri miskin
- Kelantan tak maju
- Kelantan negeri tak ada peluang kerja
- Kelantan negeri kolot
- Dan lain-lain
Dalam serba daif dengan hak rakyat negeri Kelantan terutamanya royalti minyak diperkosa oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Pas Kelantan masih mampu menguruskan negeri itu dengan penuh berhemah. Pengurusannya amat baik sebagaimana yang dipuji oleh Ketua Audit Negara.
Kanak-kanak sekolahpun tahu kalau Kerajaan Pusat kembalikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyaknya sudah tentu negeri tersebut dapat dipacu dengan lebih hebat daripada negeri-negeri pantai timur yang lain.
Inilah satu-satunya yang ditakuti oleh Kerajaan Pusat terutamanya Umno yang tak pernah jemu mahu menguasai negeri tersebut. Maka mereka sanggup buat apa saja untuk menekan kerajaan Kelantan daripada menonjolkan diri mereka.
Sebenarnya Umno tahu kalau semua hak royalti minyak dikembalikan. Kerajaan Pas yang terkenal dengan kejujurannya dan keupayaan mereka menguruskan wang rakyat dengan berhemah dan bijak akan membuatkan Umno tak akan mampu menawan negeri tersebut. Itu saja sebabnya mereka menekan negeri Kelantan. Hakikatnya mereka tahu Pas memang berupaya lebih hebat daripada para perompak wang rakyat di Kerajaan Pusat.
Negeri Kelantan walau apappun yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat, tetap mendapat keberkatan. Terkini bertimbun longgokan emas ditemui di negeri penuh berkat itu. Itu tandanya tanah negeri Kelantan amat berkat kerana ia diperintah oleh seorang insan yang bertawadduk dan tidak gilakan kemewahan dunia seperti mana para pemimpin Umno. Baca sini
banyaknya emas di negeri kelantan
ReplyDelete