Mat Sembab pi Penang hari ni dan banyak kenyataan hebat digubahnya. Sebelum ni dia ada di Kelantan dan berhamburan kata-kata sindiran diungkapkannya kepada Kerajaan Pas di sana.
Oleh kerana di Pulau Pinang terlalu banyak kejayaan yang dicatatkan, maka nada Mat Sembab terus berubah. Dia mula menyumpah-nyumpah dan mengungkit-ungkit kononnya Pulau Pinang maju dengan banyak kejayaan adalah hasil daripada Kerajaan Persekutuan. Dia juga berkata semua itu adalah kesan daripada usaha keras Kerajaan terdahulu, maknannya kerajaan BN lahtu.
Rumusannya pada rakyat Penang kalau nak Kemajuan hendaklah pangkah BN. Ini yang aku tak paham mai kot mana rumusan macam tu. Seluruh negara dia canang Kerajaan Pakatan Rakyat kalau diberi kuasa akan menghancurkan negara, menimbulkan bala bencana dan sebagainya.
Maka kenapa pulak dia tak buktikan dahulu pada seluruh rakyat Pulau Pinang di mana telah berlakunya bala bencana dan malapetaka yang amat besar apabila kerajaan DAP memerintah di Pulau Pinang. Ni dia dok cekak pinggang tengkin-tengkin Lim Guan Eng minta tunjuk bukti dia buat semua kemajuan yang berlaku di negeri tersebut.
Aku dapat bayangkan sebenarnya dia hairan dan tak boleh nak berfikir macam mana Penang begitu maju, menjadi negeri pilihan mengatasi KL dan makmur dengan mendapat pujian yang melambung tinggi daripada ketua audit negara. Bila Mat Sembab marah tak percaya maka dia biasanya akan berleter sepetti orang yang gila meroyan....hahaha.
No comments:
Post a Comment