- Dalam Newscientist para pengkaji mengklasifikasikan manusia sebagai makhluk yang melakukan 6 perkara utama:
- Suka berhibur ( Semua makhluk bermain tetapi tidak sehebat manusia dengan berbagai-bagai hiburan)
- Bersikap saintifik (Memahami untuk menjangka apa yang bakal berlaku)
- Merangka peraturan (Semua makhluk mempunyai peraturan mereka tetapi manusia lebih maju)
- Menikmati makanan ( Makan dan sentiasa memperbaiki menu)
- Suka berahsia (Terutamanya dalam aktiviti seks)
- Suka bergossip (Mengata)
- Dalam bab makan semua makhluk makan. Satu perkara yang membezakan kita dengan amat ketara sekali dalam tabiat makan kita adalah memasak. Tidak ada lagi makhluk lain selain daripada manusia yang masak sebelum makan. Kenapakah manusia memasak untuk makan? ini disebabkan beberapa faktor:
- Memasak membuatkan makanan yang kita makan memberikan lebih banyak kalori.
- Memasak juga membuatkan manusia dapat mengurangkan masanya mengunyah. Chimpanze menghabiskan masanya selama 6 jam sehari hanya untuk mengunyah. Dengan memasak manusia mampu mengurangkan aktiviti mengunyah kepada hanya satu jam.
- Kelebihan masa yang didapati hasil dari kurang mengunyah akan digunakan manusia untuk mersosial dan berbudaya.
- Manusia suka membina hubungan. Dengan memasak manusia membina budaya berhimpun sesama saudara untuk menikmati makanan istimewa masakan keluarga. Berbeza dengan Chimpanzee dan makhluk lain, mereka makan sendiri-sendiri.
- Memasak makana secara beramai-ramai dan berkongsi secara beramai-ramai membolehkan manusia berhimpun meraikan sesuatu kejayaan atau lain-lain. Ini juga satu lagi tabiat unik makhluk yang dinamakan manusia.
- Anda boleh baca artikel yang panjang ini di sini
Kenapa kita masak untuk makan
Tuesday, 24 April 2012
Labels:
# Makan
# Tahukah Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment