Jakim perlu keluar certificate 'Halal' pada ahli politik dan para peniaga, polis, dan semua umat Islam !

Thursday, 26 April 2012

Aku terbaca tulisan Tuan Ibrahim Tuan man kat sini. Habis baca aku termenung sejenak memikirkan betapa kesesatan membuatkan manusia menjadi buta. Pertama sekali yang terlintas di kepala otak aku adalah tentang diri aku sendiri. Persoalannya adakah aku seorang lelaki budiman.

Untuk menjawab soalan yang terpancul dalam benak fikiran aku itu aku buka semula tulisan-tulisan aku menghentam Umno dan mereka-mereka yang bersekongkol dengannya. Waduh ! itu bukan tulisan yang menggambarkan penulisnya seorang lelaki budiman.

Maka tidak hairanlah jika para pembaca budiman yang ada mengikuti tulisan aku di Warta Malaya ini akan mendapati artikel-artikel terbaru aku lebih teratur penulisannya dan menggunakan ayat-ayat serta perkataan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Cuma masih belum ada lagi sijil halal terhadap menulisan sahaja, kalau Jakim ada program untuk penulisan halal, sudah tentu akau orang pertama yang akan beratur untuk memohon siji halal tersebut. Diringkaskan cerita apa yang diperkatakan oleh Tuan Ibrahim Tuan man membuka pintu langit hidayah pada aku untuk menulis secara lebih berhemah ala lelaki budiman. Ya aku mahu menjadi lelaki budiman. Terima kasih Tuan Ibrahim Tuan Man.

Baik !, kembali pada apa yang diperkatakan oleh ketua penarangan Pas tersebut. Orang Malaysia apabila bercakap mengenai 'halal' mereka terus akan mengimbau dalam fikiran mereka tentang makanan. Selain daripada makanan, majoriti daripada kita tidak akan memikirkan tentang adanya istilah halal dan haram. Kalau ada yang memikirkannya pun, terhenti sekadar di benak fikiran.

Ia tidak lah sehebat apa yang berlaku dalam soal makanan. Jika ada makanan tak halal didapati dijual kepada orang ramai, maka akan riuh satu Malaysia membincangkannya. Akhirnya semua itu menjurus pada Jakim yang menguruskan pengeluaran sijil hala kepada makanan yang tak halal. Kebanyakan masa bila diselidiki semula ada banyak juga berita palsu dan fitnah.

Menurut Tuan IbrahimTuan Man, halal juga penting diperhatikan dalam sumber kita mendapatkan wang untuk membeli makanan yang disumbat ke dalam perut kita. Kalau wang itu hasil dari aktiviti rasuah, aktiviti mendapat upah memukul pelajar berdemo, aktiviti menyebarkan fitnah di ruang maya, upah dari usaha tipu orang ramai dengan buat gambar photoshop dan lain-lain, maka ianya juga adalah haram dan tridak halal.

Membuat pembohongan kepada rakyat tiap-tiap hari, menyekat hak rakyat kelantan dari mendapatkan royalti minyak, yang akibatnya membawa kepada tidak upayaan kewangan membangunkan negeri kelantan lebih baik setara dengan negeri maju lain juga dalah tindakan yang tidak halal. jakim perlu mereka satu sijil untuk memberikan tanda halal kepada:

  1. Tiap-tiap kementerian
  2. Ahli politik
  3. Polis
  4. Askar
  5. kastam
  6. JPJ
  7. TV pencacai Umno
  8. Radio pencacai Umno
  9. Akhbar pencacai Umno
  10. Blog
  11. Artis
  12. Dll
Aku rasa itu idea yang cukup baik. Jika kita mahu dengar syarahan seseorang ahli politik kita hanya perlu mencari portal Jakim dan semak samada pemidato atau ahli politik tersebut ada sijil halal atau tidak jika tidak, kita tinggalkan saja majlis itu.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License