Kerajaan Kelantan Disaman Kerana Haramkan Judi - Kes Ini Bakal Dedah Siapa Sebenarnya Celaka Bangsa

Wednesday 20 July 2011

Amat menyeronokkan apabila tersiarnya berita bahawa 3 orang manusia, rakyat Malaysia yang bernama Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Hwa, 58, dan Gan Han Chuan, 44 telah bertindak menyaman kerajaan negeri Kelantan yang telah mengharamkan aktiviti judi loteri dan juga judi di negeri tersebut.

Seronok kerana ini mendedahkan pada semua manusia yang berakal murni antara yang gelap dengan yang terang. Kita boleh melihat dengan terang dan nyata muka-muka mereka yang sesat di bawah naungan syaitan dan juga muka-muka mereka yang berada di jalan kebenaran.

Kalah atau menang dalam kes ini bukanlah persoalannya, biarlah Kelantan kerugian jutaan ringgit dalam mempertahankan tindakan mereka asalkan urusan fardu kifayah tertunai dan menyelamatkan semua masyarakat.

Kita doakan kerajaan Kelantan mendapatkan peguam yang handal yang mampu berhujah menggunakan perlembagaan negeri serta Persekutuan bagi membuktikan bahawa mereka berhak menegakkan larangan perkara yang mendatangkan mudharat kepada manusia sejagat.

Manusia yang menggunakan judi sebagai sumber mengaut kekayaan sepatutnya dihalau keluar dari bumi Malaysia, pergilah ke negara yang bebas berjudi dan rosakkan rakyatnya. Jangan rosakkan rakyat Malaysia dengan aktiviti haram tersebut.

Samada orang Melayu, Cina, India atau lain-lainnya, kita mahu semua mereka tersebut terselamat daripada jebak perangkap judi. Kita mahu anak-anak melayu, anak-anak cina, anak-anak india dan anak-anak bangsa apa sekalipun mempunyai pegangan bahawa judi tidak ada gunanya satu senpun. Yang pasti kaya hanyalah tauke-tauke judi. Bagi saya mereka adalah penjenayah yang perosak masyarakat.

Sesiapa saja yang membantu, menyokong dan bekerjasama dengan 3 manusia celaka yang saman Kerajaan Kelantan di atas akan turut sama terpalit menjadi manusia celaka dan bertanggung jawab menjadi penyumbang kerosakan masyarakat.

Malaysia lebih makmur tanpa judi. Insyallah !

Share on :

3 comments:

  1. Harap dapat siarkan muka tiga celaka itu. Biar semua orang tahu towkay judi. Siarkan gambar yang clear dan kalau boleh alamat premisnya mudah nanti kita nak beli loteri.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Dah siarkan dah gambar mereka dalam The Star dated 21st July 2011page Nation 17.

    ReplyDelete
  3. Ewok,
    Terima kasih, komen

    Zulita Saad,
    Terima kasih untuk maklumat.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License