Baju Kuning Boleh Pakai Asalkan Tidak Bersih - Polis

Sunday, 17 July 2011

Kalau letak perkataan "Tak sokong..." kat depan perkataan
bersih tu mungkin tak salah agaknya?
Rakyat Malaysia dibenarkan memakai apa-apa saja yang berwarna kuning, Dari stoking, seluar dalam, baju dalam, baju luar, kopiah, tudung, sapu tangan atau sarung tangan semua sekali warna kuning bukanlah menjadi satu kesalahan.

Apa yang menjadi salah adalah apabila semua itu Bersih, jika ada sebarang logo, atau perkataan yang menunjukkan anda menyokong Bersih.

Walaubagaimanapun dia tak ada pulak beri tahu bagaimana jika pakai baju kuning ada logo Bersih dan kat depan tu ada perkataan "Tak Sokong", mungkin tak kena tangkap.


Alasannya adalah kerana Hishammuddin telah mengumumkan bahawa Bersih adalah sebuah pertubuhan haram dan sebarang pertubuhan haram tidak boleh di sokong oleh sesiapapun, menjadi kesalahan jika kita menyokong pertubuhan haram.

Yang memeningkan kepala kita adalah sejak bila Bersih itu di war-warkan sebagai sebuah pertubuhan dan sejak bila pula ada orang yang membuat permohonan untuk mendaftarkan Bersih.

Bersih tu hanyalah satu tema. Tema yang mengajak semua rakyat Malaysia mendesak SPRM membuat reformasi sistem pilihan raya. Tema atau slogan itu sama saja dengan tema yang kerajaan Najib pakai, iaitu 1Malaysia, 1-Malaysia bukanlah satu pertubuhan.

Tema polis seperti Bersih, Cekap Amanah, juga sama, ia bukan satu pertubuhan tetapi moto yang mengajak polis agar bersih, cekap dan amanah, walaupun pada hakikatnya bukan ramai sangat polis yang mengamalkan tema itu.

BMW juga ada tema, "The ultimate driving machine". Tema tu bukannya sejenis model baru BMW, semua modelnya pakai tema yang sama.

Jadi Bersih tu bukannya pertubuhan, semua pertubuhan boleh pakai tema tu, tak kiralah samada NGO, parti politik, pertubuhan silat gayung, pertubuhan silambam, pertubuhan tomoi, silat pulut, persatuan mamak, persatuan india muslim, persatuan polis pencen dan lain-lain.

Kalau tak sokong lantaklah, macam pihak polis yang tak bersih, tak jujur dan tak amanah, tetapi masih pakai lencana bersih, cekap, amanah. Janganlah diharamkan tema tu.

Baca sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License